Skip to main content

Simposium himpun pakar kejuruteraan pembuatan

Penganjuran Symposium on Intelligent Manufacturing and Mechatronics (SympoSIMM 2018) bertemakan ‘Strengthening Innovations Towards Industry 4.0’  baru-baru ini disertai lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Multimedia Universiti (MMU). Program hasil kerjasama daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UMP dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM ini bertujuan sebagai platfom  bagi pertukaran ilmu, maklumat dan percambahan idea antara ahli-ahli pakar kejuruteraan pembuatan  dari kalangan akademia dan sektor industri.Menurut Pengerusi SympoSIMM ini, Dr. Zamzuri Hamedon, penganjuran simposium ini sudah pastinya mempunyai nilai tersendiri dan menjadi tanda aras yang berkesan untuk UMP mencipta nama didalam bidang kejuruteraan pembuatan di samping dapat meningkatkan kerjasama antara UMP dan UTeM  dengan lebih efisien. 

 

“Objektif utama kerjasama ini diadakan adalah membina jaringan akademik yang kuat dikalangan penyelidik-penyelidik Malaysia serta memberi peluang kepada para peserta untuk bekerjasama dengan penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam topik yang berkaitan dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan penerbitan berindeks Scopus,” katanya. Simposium yang berlangsung selama satu hari ini telah diserikan dengan ucaptama daripada YBhg Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff bertajuk “The Ideas of Mechatronics” ini menerima permohonan sebanyak 120 kertas kerja  penyelidikan.

 

Kertas kerja yang diterima telah dibahagikan kepada lima bidang kumpulan iaitu Intelligent ManufacturingRoboticsArtificial IntelligenceInstrumentation, danModelling and Simulation. Pada sesi tersebut juga beberapa kertas kerja penyelidikan bagi setiap bidang kumpulan telah dianugerahkan “Best Paper Awards” oleh ahli panel penilai . UMP telah memenangi dua anugerah terbaik daripada lima kategori bidang kumpulan yang dipertandingkanHasil tulisan Nurul A'In Nadzri, Chai Kar Hou, Mohd Mawardi Saari, Saifudin Razali, Mohd Razali Daud dan Hamzah Ahmad bertajuk ‘Vehicle Detection System Using Tunnel Magnetoresistance Sensor’  menang bagi kategori Instrumentation.

 

Manakala ‘Motion Tracker Based Wheeled Mobile Robot System Identification and Controller Design’ yang ditulis oleh Dwi Pebrianti, Yong Hooi Hao, Nur Aisyah Syafinaz Suarin, Zulkifli Musa, Luhur Bayuaji, Mohammad Syafrullah dan Indra Riyanto menang kategori Robotics. Hadir menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada semua pemenang adalah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FKP, Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Razlan.

 

Berita disediakan oleh Mohd Khairulnazri Saidi dari Fakulti kejuruteraan pembuatan dan disunting oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

Reports by:
Nur Laila binti Afandi