Skip to main content

Karnival Pendidikan Tinggi 'Jom Masuk IPT' buka peluang sambung pengajian

Penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018, Zon Pahang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Mac 2018 ini mensasarkan pelajar sekolah menengah, lepasan diploma dan setaraf, ibu bapa, guru, komuniti setempat merebut peluang menyambung pengajian tinggi.

UMP Bertaraf Lima Bintang Penyelidikan Terbaik

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertaraf lima bintang dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) melalui program penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang dilaksanakan universiti ini bagi pencapaian tahun 2016 berdasarkan keputusan yang dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) hari ini.

Penilaian adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuklah kualiti dan kualiti penyelidik, penyelidikan, pasca siswazah, inovasi, khidmat professional dan hadiah. Turut dinilai jaringan dan jangkauan serta kemudahan sokongan.

Teroka Bidang Penyiaran Bersama Astro Awani

Seramai 30 orang mahasiswa Kelab Media Massa Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan lawatan ke Studio Astro Awani dalam  Program Awani Rangers UMP dalam mendapatkan pendedahan serta pengalaman mengenai dunia baharu dalam bidang penyiaran dan kewartawanan. 

Lawatan turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif UMP Advanced, Dr. Mohamad Rozi Hassan.

UMP Menang Anugerah Khas Juri Festival Teater Pengisahan Kemanusiaan TOP

Pulau Pinang - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima Anugerah Khas Juri sempena penganjuran Festival Teater Pengisahan Kemanusiaan ‘Theater of Pattern’  (TOP) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Program mendapat kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Penghijauan kampus dalam Projek myTREEvolution Integrated CSR

Sebanyak 300 pokok daripada spesies Merawan Siput Jantan, Balau Pasir, Keladan, Meranti Temak, Bintangor Laut dan Damar Minyak  berjaya ditanam dalam projek khidmat masyarakat bersepadu (myTREEvolution Integrated CSR) di bawah Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang(UMP) di Laman Cendekia UMP Pekan hari ini.

UMP tawar Kursus Railway Mandarin tingkat kemahiran pelatih ECRL

Pusat Mandarin dan Kebudayaan Cina Universiti Malaysia Pahang (MLCC) menawarkan Kursus Railway Mandarin dalam usaha meningkatkan kecekapan berbahasa Mandarin bagi pelatih Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) East Coast Rail Link (ECRL) yang kini sedang mengikuti program di universiti ini.  ECRL merupakan satu projek yang dijalankan kerajaan dalam membina jajaran leretapi elektrik baru yang akan menghubungkan negeri-negeri Pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang ke Lembah Kelang.

UMP, BPC Mengukuhkan Kerjasama

Universiti Malaysia Pahang telah menerima kunjungan rasmi daripada BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd. (BPC). BPC mengadakan lawatan tersebut bagi membalas pelawaan yang diterima oleh Kumpulan Inisiatif Jerman dibawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, UMP.

UMP jalin kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam industri gelatin halal

Dengan kepakaran penyelidikan saintifik dan syariah yang dimilikinya, Universiti Malaysa Pahang (UMP) komited meneroka prospek pengembangan industri gelatin halal dengan rakan-rakan sinergi lain dari sektor awam atau swasta. Potensi besar industri gelatin halal dari sudut nilai komersial dan pengembangan keusahawanan merupakan dimensi signifikan yang turut diambil kira dalam pembangunan kerjasama ini.