Skip to main content

Penyelidik UMP temui kaedah atasi masalah kebocoran paip bawah tanah

Pekan, 3 Julai– Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan penyelidikan Leak Locator, Rig to Real (LLRR) bagi mengatasi masalah kebocoran paip bawah tanah.

Projek ini diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan  Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Ir Dr. Mohd Fairusham Ghazali bermula untuk mengenal pasti lokasi  kebocoran paip air bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW).

Penyelidik UMP cipta Serum Dr. Fur untuk Binatang Peliharaan

Kuantan, 2 Julai- Sejak kebelakangan ini semakin ramai pencinta haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing yang begitu mementingkan aspek penjagaan malahan mereka sanggup  berbelanja besar bagi memastikan kucing mereka kelihatan sihat dan berbulu cantik.

Namun masalah yang sering dihadapi apabila bulu “si Manja” mereka ini berguguran apabila disentuh malahan melekat pada pakaian dan sekitar tempat tinggal serta di dalam rumah. Bukan itu sahaja, malahan menghalang bagi peminat kucing yang agak sensitif atau `alah’ kepada bulu untuk bermanja dengan kucing mereka.   

Cultivating the culture of saving

Kuantan, 25 June – Realising the importance of cultivating a culture of savings through investment among undergraduates, Universiti Malaysia Pahang collaborates with Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) in organizing ASNB Financial Literacy Programme ‘Let’s Invest! 360 Days Investment’ that took place at Astaka Hall, UMP Gambang Campus recently. 

Pupuk Kesedaran Budaya Menabung dan Celik Pelaburan

Kuantan, 25 Jun– Menyedari pentingnya kesedaran memupuk budaya menabung melalui pelaburan dalam kalangan mahasiswa, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengadakan Program Literasi Kewangan ASNB ‘Moh Melabur Weh! Pelaburan 360 Hari’ yang berlangsung di Dewan Astaka , Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang baru-baru ini.

UMP Meterai Perjanjian dengan USM bagi Pemantapan Sistem Pengurusan Data Strategik

Pulau Pinang, 27 Jun- Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai perjanjian persefahaman (MoA) untuk berkongsi kepakaran dalam pembangunan Sistem Pengurusan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) atau yang dinamakan UMP KPI-Management System yang bakal memanfaatkan universiti dalam meningkatkan kecekapan pengurusan data strategik.