Skip to main content

Tasik UMP Tumpuan Peminat Bot Laju Kawalan Jauh

Pekan, 4 Disember- Lanskap Universiti Malaysia Pahang (UMP) sering menjadi tarikan dengan panorama yang boleh dinikmati di sekitarnya yang cukup mendamaikan. Terdapat empat buah tasik di sekitar kampus dan salah satunya berhadapan perpustakaan yang berkeluasan 44.26 ekar. Tasik ini juga dilengkapi dengan trek jogging sepanjang 1,614 meter turut dilengkapi dengan laluan basikal sepanjang 1,524 meter.

Kumpulan Kencana Pawana UMP Raih 3 Anugerah MAKUM

Serdang, 2 Disember – Kumpulan Kencana Pawana Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggondol tiga anugerah utama dalam Festival Zapin Majlis Kebudayaan Universiti –universiti Malaysia (MAKUM) 2018 yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Rakyat Malaysia Perlu Lebih Hargai Negara Sendiri ~ Mark O'dea

Kuantan, 24 November - Pengalaman mengembara dan berkerjaya di Malaysia sejak lima tahun lepas telah menyebabkan beliau jatuh cinta dengan negara ini. Malah, jejaka Inggeris kelahiran Gravesend, Kent ini mengakui hairan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang kurang menghargai negara sendiri serta tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan.