Skip to main content

Eksesais Leopard uji daya tahan PALAPES UMP

Pekan, 26 Januari- Ketahanan fizikal dan mental, sikap berani  dan jati diri seramai 126 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat Universiti Malaysia Pahang (UMP) diuji dalam Eksesais Leopard selama 15 hari di sekitar Hutan Simpan Berkelah, Ladang Felda Lepar Hilir 5 dan Kem Force 136 Sg Miang Pekan. Program ini berakhir dengan aksi berani dalam kalangan Kadet Senior Batch pertama yang menampilkan adegan serangan yang mantap dengan simulasi letupan serta bantuan serangan dari kenderaan perisai.

KP House curi tumpuan penduduk Kuala Pahang

Pekan, 22 Januari – Kedudukan Kuala Pahang House (KP House) yang dahulunya sebuah rumah tinggalan yang agak usang dan terbiar kini bertukar menjadi sebuah rumah yang bersih dan cantik. Bukan itu sahaja malahan ianya menjadi tumpuan dan sebagai pusat sehenti yang diwarnai dengan kepelbagaian aktiviti yang dapat dimanfaatkan bersama komuniti dan penduduk setempat di Kg. Kuala Pahang. 

Education for All – Message from Minister of Education 2019

Minister of Education, Dr. Maszlee Malik presented his vision on the education sector for the year 2019 in his speech themed, ‘Education for All’ that emphasised on four aspects – quality, autonomy, collaboration and internalisation.

The speech was delivered before some 3,000 people at the main hall, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Arts and Culture Centre, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang on January 14, 2019.

Amanat Menteri KPM Pendidikan untuk Semua

Serdang, 14 Januari- Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyampaikan Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 dengan bertemakan ‘Pendidikan untuk Semua’ dalam majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang di Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.  

Special GRIT chair for Muhammad Amirul

Eight-year old Muhammad Amirul Fikri Mohamad Fazir’s face lit up with joy upon receiving a specially-designed chair called GRIT Chair that was made by a group of Universiti Malaysia Pahang (UMP) students and lecturers from Faculty of Mechanical Engineering.

Amirul, a Year Two pupil at Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar Pekan, has Achondroplasia - bone growth disorder that causes disproportionate dwarfism.

English workshop benefits DLP students

The Centre for Modern Languages & Human Sciences (CMLHS), together with Department of Academic and International conducted the Dual Language Programme (DLP) enrichment workshop for 43 secondary school students on January 2, 2019.

It was aimed at providing exposure to the students to master the subjects of mathematics and science in English.

The students were from two excellence cluster schools (SKK) - Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan and Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad.

Kerusi Khas Buat Adik Muhammad Amirul

Pekan, 8 Januari - Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Muhammad Amirul Fikri Mohamad Fazir  yang merupakan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar Pekan (SKIS) apabila menerima kerusi khas dinamakan GRIT Chair yang dihasilkan oleh mahasiswa dan sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam.

Bengkel bahasa Inggeris bantu pelajar program DLP

Kuantan, 2 Januari- Penganjuran Dual Language Programme (DLP) Enrichment Workshop yang dijalankan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (JHEAA) dalam kalangan pelajar sekolah mampu memberi pendedahan pelajar untuk menguasai subjek Matematik dan Sains yang dijalankan dalam bahasa Inggeris di sekolah terpilih.