Skip to main content

UMP tangguh P&P sehingga 14 April depan

Pekan, 27 Mac- Susulan  pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dan arahan penutupan semua lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT),  Universiti Malaysia Pahang (UMP) menangguhkan semua operasi perkhidmatan dan tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) termasuk dalam talian dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 14 April 2020.

Urus Kesihatan Mental Harungi Wabak COVID-19

Menjalani kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak COVID-19 ini  adalah sesuatu yang baharu bagi kebanyakan kita.  Maklumlah mereka yang lahir pasca merdeka ini, pasti tidak pernah merasai saat-saat darurat perang  seperti nenek moyang kita yang juga mengakibatkan pergerakan terbatas malahan sumber makanan juga sukar diperolehi.

Kekal berada di kampus harungi PKP

Kuantan, 27 Mac- Kekal tinggal dalam kampus sejak hari pertama arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga dilanjutkan kepada 14 April depan pastinya  memberikan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat terutamanya buat pelajar yang berada di kampus. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung dan terpaksa sentiasa berada dalam kampus ia tidak menghalang pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencari alternatif bagi mengisi masa terluang.

Bijak pilih cecair pembunuh kuman

Kuantan, 27 Mac- Ekoran penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, barangan seperti cecair pembunuh kuman (sanitizer), topeng, pelindung muka dan pakaian keselamatan menjadi tumpuan dan sukar mendapatkannya dalam pasaran. Malahan ramai yang mengambil inisiatif menghasilkannya sendiri termasuklah cecair pembasmi kuman D.I.Y (buatan sendiri) sebagai alternatif bagi menangani penularan wabak ini.

Pelindung Muka D.I.Y Buat Petugas Barisan Hadapan

Kuantan, 28 Mac- Menyedari kelengkapan seperti alat pelindung muka (face shield) yang semakin berkurangan dan kepentingannya buat petugas perubatan yang sedang berkhidmat di hospital yang merawat pesakit Covid-19 di seluruh negara. Ianya memberikan inspirasi buat ramai pihak menghasilkan pelindung muka D.I.Y dengan menggunakan bahan yang mudah diperolehi dan boleh disiapkan dengan kadar segera.

Using technology and e-learning maximise learning experience impact

Lecturers of Universiti Malaysia Pahang (UMP) activated virtual classroom (e-learning) for all teaching and learning activities on 17 March 2020. The switch was due to the announcement through the Administrative Circular No. 3/2020 issued by the university to tackle the spread of Covid-19.
A lecturer from the Faculty of Computing, Ts. Aziman Abdullah, uses online e-learning mode via UMP Knowledge and Learning Management System (KALAM) and Google Classroom.

CIReL tawar program latihan tingkat pembelajaran dan pengajaran atas talian

Pekan, 27 Mac- Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program latihan pengajaran secara e-pembelajaran “Online Education Training” kepada pensyarah universiti bagi menyediakan platform pembelajaran (P&P) di atas talian  yang lebih baik.

Kaunselor UMP beri sokongan psikologi urus kerisauan

Kuantan, 26 Mac- Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri mulai 18 Mac sehingga dilanjutkan 14 April depan pastinya menimbulkan kerisauan bukan sahaja terhadap ancaman penularan wabak Covid-19 malahan kesan PKP yang secara tidak langsung mengubah rutin kehidupan seharian termasuklah pelaksanaan dasar bekerja dari rumah.

Beza antara Alkohol dan Arak

           Dalam suasana seluruh dunia termasuk negara kita dilanda wabak Coronovirus 19 (Covid-19), hand sanitizer digunakan secara meluas oleh ahli masyarakat di pelbagai tempat khususnya di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid-masjid juga disarankan untuk menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan ahli jemaah.

UMP Laksana Dasar “Bekerja Dari Rumah”

Kuantan, 25 Mac– Akur terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lanjutan negara berdepan dengan penularan jangkitan wabak Covid-19, memberikan suatu pengalaman luar biasa buat warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang melaksanakan dasar “Bekerja Dari Rumah” sejak 18 Mac lalu.