Skip to main content

Pest Killa Produk Inovatif Terbaik Raih 2 Anugerah Khas 

Kuala Lumpur, 4 Mei- Produk mesra alam iaitu PEST KILLA yang dihasilkan daripada pokok Derris Elliptica atau dikenali sebagai pokok tuba dan mampu menghalau serangga perosak seperti semut, lipas, lalat, nyamuk, charlie, bubuk, hama, pepijat, termasuk lipan juga cicak meraih pingat emas dan dua anugerah khas produk paling inovatif apabila dinobatkan pemenang anugerah “Malaysian Innovative Product Award 2019” dan “Best Malaysian Innovative Product Award 2019”  bagi kategori Malaysian Product Innovative Award bersempena 30th International Invention Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini.

Produk keluaran UMP Ecopest Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat terbitan Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu  Pestkilla: Do It Yourself (DIY) Best Repellant As A Green Technology Product merupakan hasil kajian  penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Ir. Abd Syukor Abd Razak bersama penyelidik lain, Suryati Sulaiman dan Mohamad Fikri Abdul Gani.

“Produk Pest Killa diformulasikan daripada bahan aktif rotenone yang diperolehi daripada pengekstrakan pokok Derris elliptica (Pokok Tuba). Ianya merupakan produk mesra alam dan sesuai untuk semburan pada meja makan, kabinet dan kawasan tandas,” kata Ir. Abd Syukor yang merupakan Pengarah Urusan UMP Ecopest Sdn. Bhd.

Penganjuran kali ini menyaksikan UMP membawa pulang dua anugerah khas, tujuh emas dan 20 perak. Enam lagi pingat emas diraih Profesor Madya Dr. Haji Mohd Yuhyi Mohd Tadza dengan projek bertajuk “Low Resistance Grounding Crystal : Strike Back Against Lightning”  dan Suryati Sulaiman dengan kajiannya bertajuk “FRAPTER : A Novel Fiber Filter To Reduce Air Pollutants In Bauxite Mining Area” yang masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam.

Manakala pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,  Mohammad Baihaqi Hasni dengan projeknya “Edu-Tourism Jaulah Arabiah Mumti'ah” dan Rosjuliana Hidayu Rosli dengan kajiannya yang bertajuk “EL Resala.Arabic”  masing-masing menang pingat emas.

Pingat emas turut dimenangi Dr. Mohammed Nazmus Shakib dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan dengan kajian bertajuk “Bio-Telemetry Implantable Antenna” dan Dr. Lee Chia Kuang dari Fakulti Pengurusan Industri dengan tajuk projek “GCPM MODULAR : Global Certified Project Management Modular Based On Risk Simulator.”

Dalam pada itu sebanyak 20 penyelidikan UMP meraih pingat perak antaranya Dr. Diyana Kamarudin dengan kajian Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) - Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) “Hand Signal App For The Hearing Impaired” ; Dr. Mohamad Hilmi Mat Said, “Yadun : The Quicker And Easier Method In Mastering The Rules Of Five” (Nun Sakinah And Tanwin) dan Mardhiyyah Zamani, "Nahw Sahl" Model : An Easy Formula To Master Arabic Grammar.

Lain-lain Dr. Siti Noor Hidayah Mustapha, G-PALMDEC-PU Green Palm Coat : Eco Friendly Coating Materials From Palm Oil Derivatives ; Dr. Rasidi Roslan, (CNC) : Cellulose Nanocrystal Via Microwave-Assisted Oxidative Hydrolysis Of Empty Fruit Bunch (EFB) ; Dr. Nor Izzati Jaini, A Trade-Off Ranking Method: Fuzzy-Based Multi-Criteria Decision Making; Dr. Kohbalan Moorthy, Gene Regulatory Network Construction Of Ovarian Cancer Based On Passing Attributes Between Network For Data Assimilation In Python.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, pameran inovasi di peringkat antarabangsa ini memberikan peluang penyelidik menjalinkan kolaborasi dan kerjasama dengan pihak industri yang hadir sama dalam pameran tersebut. Penyelidikan beliau bertajuk “Boceds : A Buffer-Based Online Clustering For Evolving Data Stream” turut menang pingat perak. Dalam pada itu, pihaknya turut berbangga apabila reruai UMP yang berkonsepkan “Glimpses of Glory” telah berjaya menawan hati para juri dan dinobatkan sebagai “Best Booth Design – Bronze” di ITEX 2019.

Disediakan oleh Dina Diyana Rastam Tan dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dan disunting Bahagian Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim