Skip to main content

Sultan Ahmad Shah banyak berjasa kepada pembangunan, pendidikan Pahang

Submitted by azwin on 22 May 2019

KUANTAN, 22 Mei (Bernama) -- Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar turut dirasai oleh pemain industri dan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Mereka menyifatkan almarhum sebagai seorang sultan yang amat berdedikasi dan sentiasa mencari jalan untuk memajukan aspek pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kemudahan asas di Pahang. 

UMP meterai MoU bersama Volkswagen Group Malaysia

Submitted by azwin on 1 May 2019

PEKAN, 1 Mei (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama jenama automotif terkemuka dunia Volkswagen Group Malaysia (VGM) bagi menjalin kerjasama strategik dua hala.

Pada majlis itu, UMP diwakili Naib Canselornya Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim dan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Profesor Madya Dr Nik Mohd Zuki Nik Mohamed manakala VGM diwakili pengurusnya Danny Auerswald dan pengurus Volkswagen Pekan Nor Hayati Othman.

Subscribe to Bernama