Skip to main content

Aplikasi UMP Valid8 sahkan ketulenan sijil graduan

KUANTAN, 9 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini memperkenalkan aplikasi pengesahan perakuan sijil graduan menggunakan teknologi 'blockchain' yang dinamakan UMP Valid8. 

Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata aplikasi pengesahan sijil itu yang menggunakan sistem pengimbas kod respon pantas (QR) bagi memastikan ketulenan sijil graduan itu diperkenalkan sempena Majlis Konvokesyen UMP ke-13 yang bermula esok. 

"Aplikasi UMP Valid8 ini berfungsi untuk merekodkan maklumat pendidikan graduan UMP yang disimpan dalam bentuk kod QR unik yang menjadi satu rantaian rekod data ‘blockchain’.

Author
azwin