Skip to main content

Lebih 2,700 graduan UMP akan terima ijazah dan diploma pada 10 Nov

KUANTAN, 2 Nov (Bernama) -- Seramai 2,773 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) kali ke-13 yang akan diadakan selama dua hari bermula 10 Nov ini.

Menurut Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim majlis konvokesyen itu akan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan Canselor UMP.

Author
azwin