Skip to main content
UMP E-Newsletter

Info Sekitar Kampus

Pengerusi LPU lawat fasiliti Makmal UMP

BIL. 16 FEB 2019

Oleh: MOHD. FERDAUS MUSA, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dato’ Sri Ibrahim Ahmad telah meluangkan masa selama dua jam melawat kemudahan makmal penyelidikan dan pembelajaran di UMP Gambang pada 22 Januari 2019 yang lalu.

Ketibaan beliau disambut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim bersama pengurusan universiti.
 
Lawatan bermula di Makmal Fakulti Sains & Teknologi Industri diikuti Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, FIM Learning Factory, GMP Lab Fakulti Kejuruteraan Teknologi, Pusat Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF), Pusat Kecemerlangan Bio-Aromatik (BARCE) dan Pusat Kecemerlangan IBM.
 

BIL. 16 FEB 2019

Sepanjang kunjungan, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad telah diberi penerangan oleh pegawai bertugas di setiap makmal mengenai projek dan fasiliti yang tersedia di setiap makmal tersebut. 

Beliau juga berpeluang bertemu secara langsung dengan mahasiswa yang sedang menyiapkan projek tahun akhir sambil dimaklumkan mengenai pencapaian yang telah diperoleh. 
 
Selain itu juga, beliau turut beramah mesra dengan mahasiswa pascasiswazah dan melihat fasiliti yang disediakan buat mereka dalam melengkapkan projek penyelidikan dan tesis bagi membolehkan tugasan dapat diselesaikan dan menamatkan pengajian kelak.
 

BIL. 16 FEB 2019

Mengulas lanjut hasil lawatan ini, Dato’ Sri Ibrahim melahirkan rasa kagum dan bangga dengan fasiliti makmal yang tersedia di universiti ini. 

Beliau juga turut berpuas hati dengan aspek keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan yang amat dititikberatkan oleh UMP sekaligus membuktikan bahawa makmal UMP telah diurus secara sistematik dan mengikut ketetapan piawaian antarabangsa.
 
Turut sama mengiringi adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusof, Pengurus Besar Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Datin Sri Fazia Ali dan Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid.


Akademik dan Antarabangsa

380 mahasiswa baharu daftar UMP

BIL. 16 FEB 2019

Oleh: NUR SA'ADATUL AFZAN JUSOH, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 380 mahasiswa baharu bagi mengikuti pengajian Sesi Akademik 2018/2019 yang berjalan serentak di kedua-dua kampus pada 25 Januari 2019 yang lalu. 

Pendaftaran mahasiswa bermula pada jam 8.30 pagi di Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan manakala pendaftaran dijalankan di Kolej Kediaman 1 dan 2 bagi mahasiswa UMP kampus Gambang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 167 orang merupakan mahasiswa baharu lepasan Diploma atau setaraf yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UMP melalui UMP Advanced.

BIL. 16 FEB 2019

Hadir menyambut ketibaan mahasiswa dan keluarga, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin yang menyaksikan pendaftaran yang buat julung kalinya diadakan di penginapan kolej kediaman.

Menurut beliau, pihaknya berpuas hati dengan proses pendaftaran mahasiswa berjalan lancar dan mengucapkan tahniah buat petugas dan barisan jawatankuasa. 

Selain menyaksikan sendiri proses pendaftaran berlangsung, beliau turut hadir menyampaikan bantuan insentif pengajian melalui Inisiatif MyGift UMP sebanyak RM1,000 kepada mahasiswa baharu dalam pembayaran yuran atau sara diri untuk pembelajaran di UMP.

BIL. 16 FEB 2019

Katanya, bagi mahasiswa yang kurang berkemampuan sememangnya universiti bertanggungjawab bagi memastikan mereka terus menamatkan pengajian. 

“Tanggungjawab sosial ini dalam menghadapi tekanan hidup, ianya bukan lagi satu opsyen tetapi tindakan yang perlu dilakukan dan kebanyakan bantuan diterima dalam pelbagai dimensi dan keupayaan universiti. 

“Universiti memberi bantuan dalam bentuk zakat, biasiswa, bantuan khas memulakan pengajian, kongsi rezeki, bantuan kebajikan untuk yuran atau kesihatan. 

BIL. 16 FEB 2019

“Di samping itu juga, pelajar digalakkan berniaga dengan ruang perniagaan dan kotak-kotak perniagaan atau biz box. Mereka yang kurang berkemampuan juga berpeluang bekerja sambil belajar yang diwujudkan bagi memberi peluang untuk mendapatkan pendapatan untuk perbelanjaan tanpa mengorbankan akademik mereka,” katanya ditemui baru-baru ini.
 
Pada masa yang sama, UMP turut menerima seramai 25 orang pelajar antarabangsa iaitu 14 orang mengikuti program prasiswazah dan 11 orang pelajar mengikuti program mobiliti di universiti ini.


Kembara Ilmu

40 warga UMP terokai dunia penyiaran dalam Kembara Ilmu

BIL. 16 FEB 2019

Dalam usaha memperkukuh terhadap penjenamaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pejabat Naib Canselor (PNC) bersama delegasi seramai 40 orang staf dan mahasiswa UMP menyertai Program Kembara Ilmu dengan berkunjung ke Stesen Penyiaran TV Al Hijrah pada 15 Januari 2019 yang lalu. 

Program bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan baik dengan stesen TV di Malaysia selain meneroka peluang dalam mempromosikan universiti memandangkan peranan media ini penting sebagai salah satu perantara dalam menyebar luas informasi terkini kepada khalayak ramai.

Menurut Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Mimi Rabita Abd Wahit, delegasi kali ini juga membabitkan staf yang bertugas dalam bidang penyiaran, penerbitan dan media baharu UMP. 

“Dengan kemahiran yang dikongsikan ini diharapkan dapat dipraktikkan di universiti, tambahan pula kini UMP telah memulakan siaran UMPTV sebagai salah satu medium pengantara hebahan bermaklumat untuk menyampaikan segala perkembangan dalam kampus dan pencapaian universiti.

“Buat masa ini, UMPTV memaparkan penerbitan berita terkini dan semasa serta program bual bicara untuk penonton dalam media sosial, iaitu Facebook UMPMalaysia. 

“Ianya dijalankan dengan mendapat sokongan dan kerjasama pihak Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK),” katanya. 

Tambah Mimi Rabita lagi, dengan pengalaman baharu ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada staf dan mahasiswa UMP mengenai pengurusan rancangan secara langsung.

BIL. 16 FEB 2019

Guru Bahasa Kanan PBMSK, Hajah Noor Azlinda Zainal Abidin pula turut melahirkan rasa bertuah apabila berpeluang mengikuti program ini. 

“Program ini bukan sahaja dapat banyak manfaat yang dipelajari malahan dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping menjalinkan kerjasama antara UMP dengan pihak luar.

“Selain itu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang turut serta dalam menjayakan rancangan Pink Point terbitan TV Al Hijrah bersama pengacara Norazidah Mohamed dan personaliti terkenal Datin Fouziah Gous serta suami, Datuk Zhafran Yusof dengan topik Cerewet atau Perfectionist,” katanya. 

Beliau juga mengharapkan agar program sebegini patut diteruskan pada masa akan datang kerana ianya banyak memberi manfaat kepada warga UMP di samping dapat merapatkan silaturahim antara staf dan mahasiswa UMP.

Lebih menggembirakan, para peserta turut berpeluang melawat Kompleks Nasyrul Quran yang merupakan kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran Raja Fahd di Madinah. 

Terletak di Putrajaya, kompleks ini menghimpunkan pelbagai naskhah mushaf al-Quran seluruh dunia juga merupakan tempat kajian, pameran serta percetakan al-Quran.


Diari Kampus

BIL. 16 FEB 2019