Penyelidikan dan Inovasi PhyMill dicipta khas untuk bantu juruterapi dan pesakit kanak-kanak jalani rawatan fisioterapiSimpati terhadap nasib kanak-kanak yang menghadapi gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang atau lebih dikenali sebagai Palsi Cerebrum (Cerebral Palsy) telah mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan produk Smart Physio-Treadmill (PhyMill) bagi membantu pesakit menjalani latihan pergerakan berjalan. “PhyMill ini juga dicipta khas untuk membantu juruterapi dalam melakukan latihan rehabilitasi ke atas pesakit semasa sesi fisioterapi terutamanya yang melibatkan pergerakan lower extremity atau di bahagian bawah anggota badan. “Sehingga kini, kebanyakan produk rehab yang dicipta memerlukan penjagaan dan bantuan pengelolaan daripada pihak juruterapi. “Alat-alat rehab yang sedia ada ini juga adalah manual dan kebanyakkanya diperoleh dari luar negara dengan harga yang sangat tinggi. “Gabungan idea antara pakar fisioterapi dan penyelidik menjadikan penghasilan PhyMill untuk lebih mudah digunakan dan memenuhi keperluan pesakit,” katanya dalam majlis serahan PhyMill untuk kegunaan pusat ini pada 17 Januari 2020 di Kuantan. Tambah beliau lagi, dengan saiznya yang agak kecil mudah untuk dibawa mengikut kehendak dan keperluan pesakit. “Pergerakkan ini dikawal secara automatik sepenuhnya dengan hanya menekan butang khas yang disediakan. Kawalan kelajuan juga diwujudkan bagi memudahkan pesakit melaras kelajuan berjalan mengikut aras latihan rehabilitasi yang ditentukan oleh pihak juruterapi. “Bagi mode ketiga adalah tersedianya skrin paparan khas untuk menarik perhatian pesakit serta mengelakkan kebosanan pesakit semasa menjalankan sesi latihan rehabilitasi. Beliau berharap produk ini akan menjadi sebuah produk perintis dalam bidang perubatan rehabilitasi di Malaysia di samping berfungsi sebagai alat pemudah cara kepada juruterapi dalam mencapai hasrat ke arah sasaran mereka iaitu zero lifelong treatment untuk semua pesakit. Dalam pada itu, menurutnya sebagai penyelidik semestinya mempunyai perancangan untuk menambah baik prototaip yang sedia ada ini, terutama dari segi nilai estetik dan juga fungsinya. “Dengan menambah beberapa lagi fungsi khas seperti remote control, menggunakan cahaya ke atas pergerakan kaki pesakit dapat menjadikan produk ini mencapai spesifikasi ke arah rawatan pergerakan aktif pesakit. “Walau bagaimanapun, kerjasama daripada pihak industri atau agensi kerajaan mahupun swasta amatlah diperlukan terutama pihak hospital dan pusat-pusat rehabilitasi,” katanya. Penyelidikan dan Inovasi AGRISOFT bantu petani dan penternak elak kerugianPrihatin terhadap permasalahan yang biasa dihadapi oleh para petani, peladang atau penternak dalam memantau dan mengawal selia tanaman atau ternakan, mendorong penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghasilkan IoT enabled Farmer Digital Expert System@AGRISOFT bagi menyelesaikan masalah kerugian yang dialami disebabkan oleh berlakunya perubahan pada persekitaran tanaman atau ternakan mereka yang tidak dipantau lebih awal sehingga menyebabkan ianya rosak. “Di Eropah dan Amerika Syarikat misalnya, pertanian dan penternakan di sana telah menggunakan teknologi moden dalam industri mereka, dan ini membantu negara mereka menjadi pengeluar hasil tanaman dan akuakultur yang terbesar di dunia,” katanya. Jelas beliau, sistem ini amat sesuai digunakan bagi membantu para petani atau penternak yang terlibat dalam bidang pertanian (tanaman sayur-sayuran, tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan juga tanaman moden seperti hidroponik) dan penternakan dalam sangkar (ikan, udang atau haiwan akuakultur yang lain). “Sekiranya berlaku sesuatu kepada tanaman atau ternakan, sensor akan mengesan apa yang berlaku, seterusnya menghantar isyarat amaran kepada sistem kawalan induk. “Semua komunikasi adalah melalui Internet dan ini membolehkan pengguna mendapat pemakluman dari mana, di mana dan bila-bila masa sahaja,” ujarnya. “Peringkat pertama telah siap pada tahun 2016, manakala peringkat kedua telah siap pada awal tahun 2019. “Ketika ini, penyelidikan sedang dilakukan bagi menyiapkan penyelidikan ini pada peringkat yang ketiga,” katanya. Pada peringkat ketiga ini, satu sistem aplikasi dalam talian (mobile apps) akan dibangunkan, yang mana pengguna boleh mengakses dan mengawal tanaman atau ternakan mereka dengan menggunakan mobile apps yang dipasang dalam telefon mudah alih mereka. Segala data dan maklumat pula disimpan dalam pangkalan data icloud, dan ini membolehkan data-data itu diakses dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. Segala proses boleh diurus dan dikawal melalui sentuhan di hujung jari. Beliau berharap sistem ini dapat dibangunkan untuk membantu para petani dan penternak kecil-kecilan dalam mengoptimumkan hasil pengeluaran mereka dengan kos yang lebih rendah melalui penggunaan teknologi moden. Bagi yang berminat untuk memiliki sistem ini, pada masa ini satu sistem yang lengkap berharga dalam lingkungan RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada model dan juga jenis dan jumlah sensor yang diperlukan. Lain-lain pingat perak dalam Pertandingan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2019) dan pingat emas serta memenangi Anugerah Khas CARIFF di Citrex 2016. |
New Straits Times
Pahang Crown Prince: Spend wisely, celebrate Aidilfitri moderately