Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus

Majlis Apresiasi iktiraf 179 warga universiti cemerlang

Majlis Apresiasi iktiraf 179 warga universiti cemerlang

Kuantan, 28 Ogos 2020 - Seramai 179 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima anugerah dalam Majlis Apresiasi sempena Hari Kualiti dan Inovasi 2020 yang menyaksikan seramai 149 staf UMP menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi prestasi cemerlang tahun 2019. 


Info Sekitar Kampus

Kongsi kegembiraan staf UMP terima APC

Kongsi kegembiraan staf UMP terima APC

Kuantan, 28 Ogos 2020 - Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Samini Mat Hassan yang merupakan Pemandu Kenderaan di Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganggap anugerah yang diperolehnya sebagai hadiah teristimewa sempena persaraannya pada 21 Jun 2020 yang lalu. 

Sepanjang 19 tahun berkhidmat ini merupakan kali kedua beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. 


Penyelidikan dan Inovasi


MyGift

Pelajar SKIS teruja terima sumbangan Yayasan UMP

Pelajar SKIS teruja terima sumbangan Yayasan UMP

Pekan 26 Ogos 2020 - Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar buat 26 murid sekolah kelainan upaya (OKU) yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Indera Shahbandar (SKIS), Pekan apabila menerima sumbangan keperluan harian daripada Yayasan UMP. 
Program UMP Prihatin di sekolah ini adalah hasil kerjasama dengan Pejabat Naib Canselor sebagai salah satu aktiviti bersempena Bulan Kemerdekaan. 

Serahan sumbangan keperluan disampaikan oleh Timbalan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor, Zainuddin Mat Husin. 


Terbitan Terkini

CAIC SERIES: Teaching and Learning: CAIC Collection of Resources Written by UMP Experts for Communitising Technology  (3rd Series)

CAIC SERIES: Teaching and Learning: CAIC Collection of Resources Written by UMP Experts for Communitising Technology  (3rd Series)

TAJUK    : CAIC SERIES: Teaching and Learning: CAIC Collection of Resources Written by UMP Experts for Communitising Technology  (3rd Series) 
PENULIS    : Awanis Romli, Ruhil Amal Azmuddin, Zuraina Ali, Nooradelena Mohd Ruslim, Nabila Abdul Malek, Nurul Nadia Muhammad, Rosnani Ismail dan Rohana Hamzah
EDITOR    : Nasratun Masngut dan Athirah Ruzaini
Muka surat    : 94
ISBN        : 978-967-2226-54-3
Harga        : RM27.00


Rencana/Artikel Pilihan

Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP: Satu Kajian Ringkas

Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP: Satu Kajian Ringkas

Pandemik Covid-19 telah mendidik rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma baharu. Kehidupan dan aktiviti harian masyarakat kini telah banyak berubah. Salah satu bidang yang terkesan akibat pandemik ini adalah dalam sektor pendidikan sama ada di peringkat rendah atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Baru-baru ini, satu kajian ringkas telah dijalankan oleh para pelajar UHE3182 (Malaysian Studies) semester 2 2019/2020 bagi mengenal pasti apakah penerimaan dan permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian pelajar UMP terhadap pandemik Covid-19.


footer pekan review ogos 2020