Skip to main content
Chai Ly Min dinobat Anugerah Kecemerlangan Telekom

Chai Ly Min dinobat Anugerah Kecemerlangan Telekom

Kuantan, 16 November -  Impian untuk menjadi pelajar cemerlang di dalam pelajaran, akhirnya terlaksana apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Telekom pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) kali ke-14, di sini, baru-baru ini.

Graduan berkenaan, Chai Ly Min, 24, bersyukur kerana pengorbanannya untuk berjaya di dalam pelajaran membuahkan hasil apabila menerima Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 sepanjang empat tahun pengajian beliau di sini.

Chai Ly Min menerima penganugerahan daripada Canselor UMP, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-14 di Kompleks Sukan UMP baru-baru ini.

"Saya rasa amat gembira dengan kejayaan ini dan sudah pasti ianya atas dorongan ibu bapa tercinta, Chai Kok Yew, 67, dan Tan Kam Lin, 57, yang sentiasa menyokong saya untuk belajar bersungguh.

"Tambah menggembirakan lagi apabila saya kini sudah diterima berkerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta di Kulim, Kedah sebelum bergraduasi. Terasa penat lelah saya belajar selama ini terbayar juga akhirnya," katanya, di sini.

Disediakan oleh Shalfarina Shahriman daripada Penerbit UMP

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri