Skip to main content
Jurutera Eksekutif terima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jurutera Eksekutif terima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kuantan, 16 November – “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”, begitulah pepatah yang dapat digambarkan buat penerima Anugerah Profesional Pembelajaran Sepanjang Hayat, Lim Poh Ann, 53 walaupun terikat dengan tugas hakiki sebagai Jurutera Eksekutif namun ia bukanlah penghalang buat dirinya untuk menamatkan pengajian dalam Executive Bachelor in Business Management (Majoring in Industrial Operations) di UMP Advanced Education.

Menurut anak kelahiran Muar Johor ini, berkata dalam hidup ini rahsia kejayaan terletak kepada ketekunan dan semangat juang yang tinggi. Pelajaran kepada sebuah kegagalan adalah keletihan dan mudah beralah namun bagi mereka yang mempunyai keberanian untuk berjuang dan tidak takut akan pengorbanan kejayaan pasti akan hampiri.

“Terdapat banyak penjelasan berbeza tentang kejayaan dan hanya terdapat satu penjelasan mengenai kegagalan iaitu kegagalan seseorang untuk mencapai matlamat dalam hidupnya dan tidak peduli akan tujuannya.” katanya. 

Beliau percaya apabila kita sudah melakukan sesuatu pada awalnya pastikan kita tidak lagi menoleh ke belakang dan teruskan hingga ke titik penamat. Pengalaman menimba ilmu ini akan menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya. Beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master Executive pada suatu hari nanti, malahan menyimpan impian bergelar seorang pensyarah kelak. 

Disediakan Siti Nurfarmy Ibrahim daripada Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri