Skip to main content

Nazratul Husna terima Anugerah Industri  Dimension Bid

Kuantan, 10 November- Pengalaman mengikuti pertukaran pelajar ke Turki pada dua tahun lalu menjadi kenangan paling manis buat Nazratul Husna Yatim Selamat, 23 yang berjaya menggenggam ijazah setelah menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan. 

Program pertukaran pelajar di bawah Biasiswa Mevlana, Sakarya University, Turki itu juga membuka mata dan menjadi pemangkin kepada graduan Konvokesyen kali ke 13 Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu untuk terus berjaya menjadi ahli kimia pada suatu hari nanti.

“Saya berasa bertuah kerana terpilih dalam program berkenaan kerana pendedahan yang diterima sepanjang berada di negara Turki sangat membantu dalam pembelajaran saya.

“Saya berpeluang bertemu dengan pakar-pakar di sana dan kami berkongsi buah fikiran tentang penemuan baru dalam kimia dan sebagainya,” katanya yang pernah memenangi anugerah CITREX pada awal tahun ini.

Nazratul yang juga penerima Anugerah Kecemerlangan Dimension BID itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang petua dan rahsia untuk mengekalkan Anugerah Dekan yang diterimanya selama enam semester berturut-turut.

Bagaimanapun, beliau hanya berpegang kepada prinsip untuk sentiasa berusaha, kuat semangat dan mempercayai kebolehan diri sendiri untuk terus meraih kecemerlangan.

Sebagai mahasiswa banyak pengalaman yang pastinya akan menjadi kenangan dan nasihatnya agar menggunakan masa sebaik-baiknya dalam menimba pengalaman kampus akan akan sentiasa dikenang apabila meningalkan kampus kelak.

Disediakan oleh Shalfarina Shahriman dari Pejabat Penerbit

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim