Skip to main content
Tai Jia Yee Anak Tunggal Rangkul Anugerah Emas

Tai Jia Yee Anak Tunggal Rangkul Anugerah Emas

Kuantan, 10 November – Nekad tidak mahu membebankan ibunya yang juga ibu tunggal, Tai Jia Yee belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa ingat pesan ibunya mendorong kejayaan beliau merangkul Anugerah Emas Universiti pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang ke-13 dengan meraih Purata Nilai Gred Kumulatif 3.84.

Menurut graduan Diploma Sains Komputer itu, beliau memang mengutamakan masa untuk belajar dengan tekun dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Sains Komputer di UMP.

Anak tunggal yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini aktif dalam kokurikulum.  Selain cemerlang akademik, beliau turut aktif dalam pelbagai persatuan dan program yang dianjurkan oleh universiti.

Bagi ibunya Lee Whai Leng, 50, yang bekerja sebagai jurusolek beliau berkerja keras bagi memastikan anak tunggalnya berjaya menghabiskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. “Saya bersyukur dan gembira atas anugerah yang diterima anak saya. Semoga  dia terus cemerlang hingga menamatkan pengajiannya nanti,” katanya.

Tai Jia Yee menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti.

Disediakan oleh Nor Hidayah Mohamad dari Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim