Skip to main content
Zaidatul dinobatkan penerima Anugerah Profesor Dato' Dr. Mashitah Mohd. Yusof

Zaidatul dinobatkan penerima Anugerah Profesor Dato' Dr. Mashitah Mohd. Yusof

Kuantan, 16 November – Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Zaidatul Ismaniza Ismail, 24,  menerima Anugerah Profesor Dato Dr. Mashitah Mohd Yusoff dalam Konvokesyen ke-14 Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini.

Beliau berpendapat biarlah melakukan sesuatu perkara sehingga selesai walaupun banyak cabaran dan tanggungjawab yang perlu dihadapi. Dengan prinsip itulah, beliau berjaya menjaya mendapat Anugerah Dekan untuk enam semester pengajian ijazah dan tiga semester pengajian diploma.

“Bagi saya, melibatkan diri dalam kokurikulum amat penting selain daripada memangku jawatan dalam kokurikulum. Ianya dapat membantu pelajar untuk lebih berani berbicara dan meluahkan pendapat. Ia juga dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. UMP banyak menyediakan platform untuk pelajar berkokurikulum, sama ada kelab, program dan sebagainya. Tanda aras merit yang tinggi merupakan satu cabaran dan cara untuk menggalakkan pelajar aktif menyertai kokurikulum,” ujar anak ketiga daripada lima adik-beradik itu.

Zaidatul yang dilahir dan dibesarkan di Banting menyatakan penyumbang terbesar kejayaannya adalah ibu bapanya. Anak kepada pasangan Ismail Ishak, 55, dan Zuraidah Bujang, 51, berkata, ibu bapanya banyak memberi sokongan, nasihat dan kewangan kepadanya. Selain itu, rakan-rakan juga banyak membantunya mengulang kaji pelajaran.

Menurut beliau, fahami dan dalami ilmu lebih baik daripada menghafal kerana menghafal sahaja tidak akan kekal. Beliau juga menyeru mahasiswa untuk banyakkan bertanya kepada pensyarah apabila tidak faham dan kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar.

Beliau kini bekerja jurutera di Syarikat Top & Glove (Civil & Structural) yang bertanggungjawab memantau kerja-kerja di tapak dan memastikan kerja dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Beliau juga berurusan dengan kontraktor, menghadiri mesyuarat dan memastikan semua pihak memahami tugas masing-masing.

Beliau menambah, tanpa asas yang dipelajari di UMP dan latihan industri, tentulah sukar untuk beliau memahami persekitaran baharu kerana apabila bekerja,apatah lagi semua perkara perlu dilakukan dengan segera dan tepat.

Disediakan oleh Hartini Hatta daripada Bahagian Komunikasi Korporat 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri