Skip to main content

Aiman graduan OKU genggam ijazah UMPSA

KUANTAN, 21 Oktober 2023 – Kekurangan diri bukanlah penghalang buat graduan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengggenggam segulung ijazah pada Majlis Komkokesyen Ke-18 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang baru-baru ini. 

Muhammad Aiman Hakimi Fadzilah, 26 mengidap penyakit Brain Vessels in Bains AVM sejak beliau melanjutkan pengajian diplomanya di UMPSA lagi. 

KDYMM SPB YDP Agong kurnia Watikah Pemasyhuran Pro-Canselor dan UMPSA

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tuanku Canselor UMPSA berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pemasyhuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan pengurniaan watikah pemasyhuran Pro-Canselor UMPSA kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena

UMPSA lahirkan graduan antarabangsa daripada 14 buah negara

GAMBANG, 21 Oktober 2023 – Seramai 81 orang graduan antarabangsa daripada 14 buah negara meraikan kejayaan mereka apabila berjaya menamatkan pengajian sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 pada 21 hingga 24 Oktober 2023 di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang.

Muhammad Akmal graduan yatim piatu hadiahkan kejayaan buat keluarga

GAMBANG, 22 Oktober 2023 - Tatkala graduan yang lain meraikan hari konvokesyen mereka bersama ibu bapa tercinta,  namun tidak bagi Muhammad Akmal Hakim Mohd.Darus, 24, yang hanya melihat kegembiraan itu dengan perasaan hiba. 

Muhammad Akmal kehilangan kedua ibu bapanya ketika masih bersekolah.  

Bapanya, Mohd. Darus Mohamad telah pergi menghadap Ilahi ketika dirinya 14 tahun manakala ibunya pula Siti Nor Daud meninggalkannya setahun kemudian iaitu ketika beliau berusia 15 tahun. 

Anugerah Kecemelangan Akademik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang buat Nor Suhadah dan Nur Aznah

GAMBANG, 21 Oktober 2023 – Aktif dalam pelbagai aktiviti sepanjang di universiti, di samping cemerlang dalam akademik ternyata berbaloi buat Nor Suhadah Razali apabila menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al -Sultan Abdullah (UMPSA) yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, UMPSA Kampus Gambang.  

Pasangan suami isteri berkongsi pentas konvo

GAMBANG, 24 Oktober 2023 – Berkongsi pentas yang sama pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 menjadi kenangan terindah buat pasangan suami isteri Nor Khairil Benjamin Nazeri, 25 dan Nor Nasuha Yasmin Mohd Khairul Asrul, 25 selepas berjaya menamatkan pengajian bersama-sama. 

Subscribe to Convocation