Skip to main content

Fakta Sejarah: Pahang negeri paling sukar ditakluki British

Kekayaan hasil bumi Pahang telah menarik minat penjajah Inggeris, tetapi telah beberapa kali gagal dalam usahanya untuk menakluki negeri itu. Helah bagi mendapatkan Pahang untuk diletakkan menjadi negeri naungan tidak dapat digunakan kerana British tidak mempunyai sebarang alasan untuk memaksa pembesar Pahang untuk menerima kehadiran mereka. Kesukaran juga disebabkan di Pahang tidak berlaku sebarang kekacauan dalam kalangan imigran.

Universiti lahirkan graduan berkualiti, holistik dan berdaya saing melalui sifat serta nilai diri individu

Dalam dunia yang serba mencabar kini, keperluan mendepani pesaing bagi meletakkan posisi pelajar di tempat tertinggi. Pemikiran tentang pelajaran yang mempunyai hubungan signifikan dengan kerjaya semata-mata perlu diubah kepada pendidikan melahirkan insan yang berkualiti dan holistik serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, politik dan kemajuan dalam sesebuah negara.

Latar Belakang Sejarah Tuntutan Sulu Ke Atas Sabah

Jika disebut Sabah ‘negeri di bawah bayu’ siapa yang tidak kenal. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang mengandungi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan suatu kejayaan bagi wilayah ini untuk bergabung dalam persekutuan yang lebih besar telah memberikan impak kepada pembangunan ekonomi dan politik di rantau ini. Hasilnya Malaysia telah dikenali di mata dunia sebagai negara termaju dalam kalangan negara ASEAN.

Menghayati Nikmat Kemerdekaan Negara Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Tarikh keramat 31 Ogos kembali tiba. Inilah saat manis rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan tanah air daripada cengkaman penjajahan. Apabila tiba bula Ogos, kalimah merdeka mula disebut dan diulang,  jalur gemilang pula berkibaran. Sesungguhnya kemerdekaan negara merupakan suatu nikmat yang perlu disyukuri, dihargai dan dipertahankan.

UMP kini UMPSA

Universiti Malaysia Pahang (UMP) atau dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) kini telah muncul sebagai salah sebuah Universiti Awam (UA) ke-16 yang terkemuka di Pantai Timur iaitu di negeri Pahang. UMP sebenarnya bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi sebagai sebuah kampus kecil yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1998. 

Teknologi Membran Kurangkan Karbon Dioksida

Secara konsisten, pembebasan gas karbon dioksida telah mencatatkan peningkatan yang berterusan sejak tahun 1951 hingga 2015 di peringkat global.  Menurut  International Energy Outlook, 2008, pembebasan gas karbon dioksida akan terus meningkat dari 28.1 bilion metrik tan pada tahun 2005 kepada 34.3 bilion metrik tan pada 2015 dan 42.3 bilion metrik tan pada tahun 2030. 

Subscribe to Experts