Skip to main content

Festival Seni Budaya Malaysia-China pamer warisan seni kebudayaan dua negara

Kuantan, 12 Oktober – Penganjuran Festival Seni Budaya Malaysia-China 2019 yang diadakan bersempena pelancaran Confucius Institute (CI) UMP bukan sahaja dilihat dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Mandarin dan pertukaran pertukaran budaya malahan dapat memperkukuhkan hubungan baik antara dua negara serta kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan rakan strategik, Hebei University China. 

Festival yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang ini berjaya menampilkan citra warna persembahan kebudayaan dan warisan Cina termasuk kesenian kaligrafi, lukisan, persembahan seni tari Tarian Singa serta seni mempertahankan diri seperti Taichi dan Wushu serta penganjuran forum yang dilihat sebagai medium perkongsian budaya yang mencerminkan kepelbagaian adat resam dan budaya yang boleh dibanggakan masyarakat di negara ini. 

Hadir merasmikan majlis Dekan Perkhidmatan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Mansor Sulaiman. Hadir sama Timbalan Pengarah International Cooperation & Exchange Office, Hebei University, Profesor Madya Liang Wei Ge, Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan, Profesor Dato Ts Dr Rosli Abu Bakar, Pengurus Besar Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antrabangsa, Abd Hamid Majid, Pengarah Confucius Institut UMP, Yong Ying Mei dan Pengarah Confucius Institut China, Profesor Guo Fuliang.

Menurut Dr. Mansor, keunikan masyarakat majmuk di Malaysia dapat menarik minat para pelancong untuk berkunjung ke negara ini bagi menyaksikan kepelbagaian warisan etnik yang menjadi kebangaan bersama.

“Dalam hubungan ini, para mahasiswa yang berada di kampus mempunyai kewajipan untuk menyuburkan perpaduan dan silaturrahim antara kaum dalam erti kata yang sebenarnya melalui gerak kerja yang dijalankan. Wawasan Kemakmuran Bersama yang mendasari pentadbiran Malaysia pada hari ini merupakan rujukan yang amat berguna kepada kita untuk belajar menghargai kepelbagaian yang ada sebagai landasan pemerkasaan bangsa Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, dalam konteks mahasiswa yang berada di kampus yang mempunyai kewajipan dalam menyuburkan perpaduan dan silaturahim antara kaum melalui gerak kerja yang dijalankan.  

Sementara itu turut diadakan forum kebudayaan Malaysia-China yang disampaikan oleh Dr. Fan Yuguang daripada Hebei University dan Dr. Ahmad Rahman Hamzah daripada Universiti Teknologi Malaysia sementara Mohd Zaki Ahmad selaku moderator. Turut diadakan pameran seni budaya yang menampilkan pameran seni budaya, penggunaan chopstick, Chinese knot dan permainan tradisional Malaysia di samping pelbagai jenis persembahan kebudayaan melibatkan mahasiswa dikedua-dua universiti.  

Disediakan Siti Nurfarmy Ibrahim daripada Bahagian Komunikasi Korporat.

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri