Skip to main content

Hasilkan 401 Produk Pertandingan CITREX Suburkan Budaya Inovasi

Kuantan, 13 Februari - Pertandingan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2020 yang masuk edisi kesepuluh penganjurannya menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai medan galakan dan penyuburan budaya inovasi dalam kalangan para penyelidik sama ada staf akademik mahupun mahasiswa bukan sahaja dari  UMP malahan termasuk penyelidik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia  (RUTM), Kolej Politeknik MARA, Pusat Latihan Teknologi Tinggi dan institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.
 
Pertandingan menyaksikan sebanyak 401 penyertaan diterima pada tahun ini melibatkan penyertaan bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Inisiatif ini mendukung aspirasi universiti untuk memasyarakatkan teknologi menerusi galakan terhadap penyuburan dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebanyak 218 penyertaan membabitkan Staf UMP, 8 penyertaan MTUN, 4 universiti awam termasuk Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI) juga Universiti Sumatera Utara (USU).  Lain-lain adalah penyertaan pelajar UMP seramai 129 dan 40 penyertaan daripada pelajar Sekolah Menengah dan Rendah. 

Turut berlangsung pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara UMP dan NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia) dan kerjasama universiti dengan PlaTCOM Ventures Sdn. Bhd. (PlaTCOM) berkaitan penggalakan aktiviti pengkomersialan teknologi di peringkat nasional dan antarabangsa yang berpusat di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
 
Majlis menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr  Kamal Zuhairi Zamli bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr. Rezal Khairi Ahmad manakala pihak PlaTCOM diwakili oleh Muhammad Lofty Abdul Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat
berkenaan. Hadir menyaksikan majlis Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Timbalan Naib Canselor,Prof. Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin.

 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Norhidayah binti Mohamad