Skip to main content
Kuantan, 26 Ogos- Seorang pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Nor Anisah Nadhirah Khamis @Abu Bakar, 20, tidak menyangka impiannya untuk menyambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi kenyataan apabila seorang Pensyarah KMPh yang membantu menyuarakan  masalahnya kepada pihak UMP mengenai masalah kewangan.      Menurut Nor Anisah, sejak bapanya  menghidap penyakit strok beberapa tahun lalu,  kehidupan dia dan keluarganya itu semakin mencabar. Sehinggakan tiada seorang pun ahli ke

Impian Nor Anisah Masuk UMP Jadi Kenyataan

Kuantan, 26 Ogos- Seorang pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Nor Anisah Nadhirah Khamis @Abu Bakar, 20, tidak menyangka impiannya untuk menyambung belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi kenyataan apabila seorang Pensyarah KMPh yang membantu menyuarakan  masalahnya kepada pihak UMP mengenai masalah kewangan. 

Menurut Nor Anisah, sejak bapanya  menghidap penyakit strok beberapa tahun lalu,  kehidupan dia dan keluarganya itu semakin mencabar. Sehinggakan tiada seorang pun ahli keluarganya yang menyambung pengajian kerana tidak mahu membebankan ibunya.

Namun prinsip Nor Anisah berbeza dengan 11 lagi abang dan kakaknya. Beliau  telah menanam tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarganya tambahan pula  ibunya, Kamariah Daud, 63, yang tinggal di Kg. Chengal Lempong Balok tidak berkerja dan hanya bergantung dengan wang belanja dari abang dan kakaknya. 

Nor Anisah pernah kongsikan impian ini bersama pensyarahnya dan menasihati beliau agar tidak mudah mengalah. Justeru mendorongnya untuk  memohon menyambung pengajian. 

Beliau turut menceritakan detik menerima berita gembira semasa  membuat semakan semasa keputusan UPU online, pada masa itu beliau tidak menyangka berjaya ditawarkan pengajian dalam Program Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik & Multimedia) di UMP. Pada masa itu perasaan sebak berbaur kegembiraaan mengenangkan masalah kewangan yang dihadapi. 

“Namun pada hari ini saya amat terkejut dengan kehadiran staf UMP ke rumah dan menyerahkan surat tawaran kemasukan sesi akademik 2019/2020 serta menyerahkan Bantuan Insentif Pendidikan UMP. Pada masa yang sama pihak UMP juga  akan menyediakan kenderaan untuk membawa saya sekeluarga untuk mendaftar ke UMP pada 2 September ini,” katanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMP dan pensyarah  yang banyak membantu saya sekeluarga. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya,” tambahnya.

Manakala menurut  pensyarah KMPh,  Tuan Fatimatul Zahara Tuan Ismail, 39, beliau mengetahui masalah Nadhirah sejak menuntut di KMPh lagi, jadi saya sering memberikan semangat dan agar beliau menyambung pengajian tanpa menyusahkan keluarganya. 

“Saya sendiri dapat lihat, kadang kala semangatnya hilang, mungkin kerana mengenangkan keadaan keluarganya. Namun sebagai seorang pendidik pasti ingin melihat anak didiknya berjaya apatah lagi beliau berpotensi untuk berjaya. Justeru, beliau menghubungi pihak UMP dan menyuarakan mengenai hal ini.

“Saya kagum dengan tindakan pantas pihak UMP yang menyatakan hasrat akan membantu Nor Anisah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMP yang memberi peluang kepada Nor Anisah. Saya berharap Nor Anisah akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajarannya dan menjadi pelajar cemerlang di UMP nanti,” katanya.

Dekan Perkhidmatan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP (JHEPA),  Dr. Mansor Sulaiman sendiri hadir menyerahkan surat tawaran dan sumbangan MyGift.  Hadir sama Pengurus Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP (JHEPA), Zainal Bahari dan Pegawai MyGift UMP, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.  

Skim Bantuan Insentif Pendidikan merupakan salah satu inisiatif MyGift UMP yang terhasil daripada sumbangan badan korporat dan orang ramai bagi membantu pelajar kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian. UMP telah mengenalpasti seramai 63 pelajar yang layak bakal menerima bantuan Insentif Pendidikan UMP, Bantuan Awal Pendidikan Yayasan Bank Rakyat dan Insentif Kecemerlangan Matrikulasi bersempena pendaftaran pelajar baharu ke UMP sesi Akademik 2019/2020 pada 2 September ini.