Skip to main content

Mahasiswa Kejuruteraan Ceburi Perniagaan Percetakan Dalam Kampus

Kuantan, 19 Februari – Menyedari minat mahasiswa universiti memiliki pakaian sukan yang beraneka warna dan jenis ini memberi idea buat mahasiswa Teknologi Kejuruteraan Awam, Pan Chuan Sin, 24 mengorak langkah menceburi bidang perniagaan mencetak pakaian sukan dalam kampus .

Beliau memulakan perniagaan dalam bidang percetakan dengan menfokuskan kepada perkhidmatan cetakan pakaian sukan antaranya Jersey, Jersey Full Set with Pan, Muslimah Long Sleeve, Plain T, Sport Polo T dan Sport Tech. Pan turut menawarkan perkhidmatan reka bentuk pakaian seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dengan harga yang berpatutan. Harga yang ditawarkan bermula dari RM10.00 hingga RM50.00 namun bergantung kepada kuantiti, reka bentuk (design) dan bahan (material).

Selain itu, Pan turut menjalankan perniagaan sub contract event printing untuk bahan cetakan seperti kain rentang (banner), bunting, flyers, artcard printing bagi kegunaan program di UMP. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah serta berpatutan jika dibandingkan dengan kedai percetakan di bandar Kuantan. Selain itu, pihaknya mampu menyiapkan tugasan di saat akhir dengan cepat mengikut keperluan pelanggan.

Ujarnya, meskipun terikat dengan kesibukan jadual di kampus namun ianya bukanlah penghalang buat Pan untuk menceburi bidang peniagaan sekaligus dapat menimba pelbagai pengalaman berharga di samping dapat berdikari dalam menjana pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan diri tanpa membebankan keluarga.

“Mahasiswa kini perlu memiliki kemahiran tambahan sebagai ilmu yang boleh diaplikasikan bersama-sama kemahiran yang diperolehi semasa pengajian di universiti. Tidak hanya bergantung kepada pengetahuan akademik semata-mata, mahasiswa perlu bijak dalam mengorek langkah permulaan dalam bidang perniagaan

Menurutnya, sejak dahulu beliau meminati bidang perniagaan ini dan ingin belajar berdikari tanpa mengharapkan keluarganya dan kini beliau mampu meraih keuntungan sehingga RM 2,000 sebulan.

Anak jati Terengganu ini berkata, cabaran terbesar pihaknya adalah dalam memasarkan produk kepada pengguna yang mana memerlukan masa yang lama dalam mengkaji dan melaksanakannya serta kewangan yang kukuh. 

Namun, Pusat Keusahawanan UMP banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar terutamanya dalam pengurusan pelan perniagaan di samping membuka ruang bagi mahasiswa untuk memasarkan produk mereka.

Beliau turut berhasrat untuk membuka peluang pekerjaan secara sepenuh masa dan separuh masa kepada mahasiswa UMP. Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk membuat tempahan pakaian atau buat mahasiswa yang berminat  menceburi bidang ini boleh menghubungi Sport Tech Apparel di talian (011-5885 5881) untuk maklumat lanjut.

Disediakan oleh Siti Nurfarmy Ibrahim daripada Unit Perhubungan Awam dan Media Pejabat Naib Canselor 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri