Skip to main content

Pengorbanan anggota keselamatan UMP dihargai

Pekan, 24 Mei- Prihatin dengan tanggungjawab yang digalas anggota keselamatan yang bakal bertugas tatkala umat Islam bercuti merayakan Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerahkan sebanyak 29 bungkusan  kuih raya  kepada mereka sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Sumbangan diserahkan oleh Pro Pendaftar UMP, Abd. Rahman Hj  Safie  bertempat di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan hari ini.

Menurut Abd  Rahman berkata, menjadi tradisi saban tahun program ini diadakan sebagai menghargai komitmen mereka menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan di kedua-dua kampus Pekan dan Gambang pada musim perayaan ini.

“Tatkala warga UMP bercuti panjang, mereka tetap bertugas menjaga keselamatan kampus sepanjang musim perayaan dan kita tidak lupa jasa mereka. UMP berperanan dan menitik beratkan dari segi kebajikan mereka,” katanya.

Menurut salah seorang penerima yang juga merupakan  anggota keselamatan, Nurzatul Syida Zahari pula berkata, sumbangan ini amat bermakna dan amat berterima kasih atas keperihatinan UMP. 

Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan buatnya untuk bertugas pada hari perayaan mengikut jadual yang ditetapkan. Baginya tanggungjawab yang diberikan ini amat berat  namun akan menjalankan  tugas  seperti yang diamanahkan.

Hadir sama dalam program, Ketua Bahagian Keselamatan, Ahmad Fauzi Ahmad Bakri dan  Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pendaftar,  Hjh Sabarehan Hj. Ismail. 

Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris daripada Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri