Skip to main content

Ucapan Naib Canselor UMP Sempena Sambutan Hari Malaysia 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga UMP yang dikasihi sekalian.

1.       Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita akan menyambut hari ulangtahun penubuhan Malaysia pada 16 September ini sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2.       Sesungguhnya kisah perjalanan negara Malaysia penuh dengan warna-warni. Sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3.       Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini. Marilah kita melipat gandakan usaha bagi menambahbaik daya saing melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan mencipta kejayaan yang dapat menyumbang terhadap pembangunan khususnya dalam pendidikan negara. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa semangat kebersamaan yang wujud terhadap perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

4.       Semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus aman dan sejahtera. Dalam masa yang sama marilah kita semua berdoa agar dikekalkan momentum rakyat Malaysia untuk terus berjuang memerangi dan menamatkan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.  

5.       Akhir sekali, semoga semangat pembinaan Malaysia ini akan terus terlaksana terutamanya melibatkan hubungan etnik dan integrasi kaum serta hubungan yang erat antara rakyat di negara ini. Jadilah warga negara yang mempunyai nilai jati diri, bertanggungjawab, bertolerasi dan saling sayang-menyayangi demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara  kita. 

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

YBhg. Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff
Naib Canselor 
Universiti Malaysia Pahang
16 September 2020

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri