Skip to main content

Kunjungan FKP ke Universiti Indonesia jalin kerjasama antarabangsa

Yogyakarta (Indonesia) - Hasil kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan dua institusi pendidikan di Indonesia iaitu  Universitas Ahmad Dahlan (UAD) dan Universitas Teknologi Yogyakarta (UTY) bakal memanfaatkan ketiga-tiga universiti ini dalam bidang penyelidikan, program mobiliti pelajar serta cadangan penawaran program joint degree. 

Baru-baru ini berlangsung satu perbincangan melibatkan delegasi dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) yang diketuai  Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff . Turut serta  Dr. Zamzuri Hamedon, Dr. Muhammed Nafis Osman Zahid, Profesor Madya Dr. Ismed Iskandar, Dr. Nanang dan  Zulkifli Md Yusof. 

Menurut Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff, lawatan kerja rasmi ini membincangkan berkenaan dengan kolaborasi secara terperinci tentang hubungan kerjasama. Menerusi pemetraian MOU bersama UAD pada tahun 2014 dan MOA pada tahun 2017, pihak UAD telah menghantar seramai tiga orang pelajar mereka ke FKP bagi program mobiliti pelajar bagi semester 2 sesi 2017/2018.

“Lawatan ini lebih memberi fokus kepada usaha kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua universiti dalam bidang penyelidikan dan juga berkaitan pada masa hadapan”, katanya. Dalam pada itu turut berlangsung taklimat program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Industri  kepada pelajar tahun akhir di universiti tersebut.

Disediakan oleh Zuryaty Zol dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Reports by:
Nur Laila binti Afandi