Skip to main content

Tanaman fertigasi Projek Facelift D’ Kuala tingkat ekonomi keluarga

Pekan - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengerakkan kerja-kerja kemasyarakatan dalam kalangan warganya melalui pelaksanaan Projek Facelift D’ Kuala yang merupakan usaha universiti mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang menjadi sebuah perkampungan nelayan yang berteknologi tinggi. Dalam usaha menaik taraf kampung ini kerja-kerja mengecat rumah penduduk, pembersihan, pengindahan, baik pulih rumah dan pemasangan solar bakal memberikan keselesaan kepada penduduk.

UMP MENANG ANUGERAH BUKU NEGARA 2018

Kuala Lumpur - Kecemerlangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam bidang penerbitan terus menyinar apabila buku ‘Mutiara Mahkota: Tengku Abdullah al-Haj’ terbitan Penerbit UMP menang Anugerah Buku Negara 2018 (Buku Umum Terbaik – Kategori Biografi Diraja) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2018 baru-baru ini.

 

Mahasiswa dan AADK turun padang dekati pelajar sekolah

Paloh Hinai, - Seramai 300 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Shahbandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai menyertai program Mahasiswa@School anjuran Kelab PEMADAM Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Agensi  Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Program Mahasiswa @ School adalah program yang berkonsepkan motivasi dalam pembangunan sahsiah diri serta memfokuskan para pelajar sekolah menengah sebagai golongan sasaran.

UMPBot competed in ROBOCON 2018

Kuala Lumpur - A group of students from Faculty of Manufacturing Engineering, Faculty of Electrical and Electronics Engineering and Faculty of Mechanical Engineering

Pasukan UMPBot cipta robot

Kuala Lumpur - Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mencipta robot  yang hanya  mengambil masa dalam tempoh tiga bulan bermula dengan proses membina dan menyiapkan robot untuk dipertandingkan dalam ROBOCON 2018 yang telah berlangsung di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Bangi baru-baru ini. Mereka terdiri daripada 16 mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), lima mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan dua mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

 

Alex tampil cemerlang harumkan nama UMP rangkul 15 pingat

Perlis, 8 April- Pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Alex Tiong Sie Hung tampil cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam acara sukan renang apabila merangkul 15 pingat iaitu 8 pingat emas , 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga dan Renang MASUM 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Karnival Kerjaya UMP tawar 10,000 peluang pekerjaan

Sebanyak 10,000  peluang dalam pelbagai bidang pekerjaan  ditawarkan pada Karnival Kerjaya Universiti Malaysia Pahang (UMP)University To Industry anjuran  Pusat Pembangunan dan Penempatan Kerjaya    (CPDC) yang akan berlangsung selama dua hari pada 21 (Sabtu) dan 22 April (Ahad) ini bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang.

Penasihat CPDC, Dato’ Ir. Jeffrey Chooi Beng berkata, karnival itu membolehkan pelajar mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing di samping memperoleh maklumat mengenai kriteria yang diperlukan oleh industri.