Skip to main content

Juadah Iftar Menu Antarabangsa Rai Anak Yatim Nur Iman

Seramai 100 mahasiswa antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa dalam program anjuran Pejabat Antarabangsa UMP bagi menceriakan 150 orang anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman yang terletak di Kuantan.
 

Sumbangan Tabung MyGift UMP Semarak Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) bakal menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan penganjuran Festival Ramadan bermula 15 Mei hingga 13 Jun depan dengan pengisian Solat Tarawikh, Tadarrus dan Iftar Jamaie. Aktiviti lain termasuklah program Memasak Bubur Lambuk, Anda Tanya Ustaz Jawab “Ramadan datang bersediakan kita”, Singgah Mesra “Ibrah Sinar Mualaf”, Kuliah Dhuha : Mengejar Lailatul Qadar, Seminar Nuzul Al- Quran dan banyak lagi.

RM129 thousand for Ramadhan Activities

Pekan, - Islamic Centre & Human Development (PIMPIN) will be organizing Ramadhan Festival to enliven the Holy Month of Ramadhan. Various activities will done from 15 May to 13 June 2018, such as Tarawikh Prayer, Quran Recital, Iftar Jamaie, Nuzul Al-Quran Seminar and many more.

KP House Pusat Transformasi Sosial Kuala Pahang

Kedudukan geografi kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Mukim Kuala Pahang bukan sahaja merupakan satu mercu tanda istimewa yang melambangkan komitmen tinggi kerajaan untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan di daerah Pekan dan negeri Pahang, tetapi juga menuntut penglibatan proaktif dan sumbangan konstruktif warga kerja dan mahasiswa Universiti ini untuk mentransformasi landskap sosioekonomi, pemikiran dan sikap masyarakat setempat di setiap lapisan masyarakat.

 

Kencana Pawana UMP Menang Anugerah Khas Juri

uala Lumpur - Aksi persembahan joget dan zapin Kumpulan Seni Tari Kencana Pawana Sekretariat Kebudayaan & Kesenian Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menampilkan lenggok tari dengan gaya bersahaja dihiasi busana tradisional merah hati dan kuning menarik perhatian penonton dan juri apabila dinobatkan Anugerah Khas Juri dalam ‘Malaysian Floor Pattern Sport Dance Competition 2018’ baru-baru ini.

 

Penyelidikan UMP diiktiraf terbaik raih anugerah ITEX

Kuala Lumpur - Universiti Malaysia Pahang (UMP) raih  Anugerah Patron of ITEX Award apabila cemerlang dengan pencapaian 100 peratus dengan 30 hasil penyelidikan iaitu 18 pingat emas dan 12 pingat perak dalam International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) ke-29 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.