Skip to main content

Pasangan Kembar Teruja Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah

Pekan, 27 Disember – Dua pasangan kembar teruja  untuk kembali ke sesi persekolahan yang tinggal beberapa  hari sahaja lagi apabila menerima sumbangan kelengkapan sekolah dalam Program Kembali Ke Sekolah `Give Them Our Heart, Give Them Hapiness’   di Mydin Pekan. Mereka merupakan di antara 34 penerima sumbangan kelengkapan pakaian sekolah Program Back To Schoolanjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama UMP Holding Sdn Bhd.

Bakal Jurutera Hebat di Pentas Teater

Pekan, 21 Disember- Tidak semua orang dilahirkan berbakat atau dikurniakan bakat. Malahan, jika tidak digilap atau dicungkil, memang kita tidak akan tahu kemampuan diri sendiri. 

Begitu juga buat Nurul Atiqah Mohd Aidi, atau dikenali sebagai Ika, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dahulunya seorang pemalu dan kurang menonjol kini tampil berani dan yakin di khayalak ramai.