Skip to main content

FKASA-Civer Dragon Juara Bola Jaring, FSKKP-Arctic Fox juara Futsal UMP Super 5

Kuantan, 29 Mac – Liga Bola Jaring UMP Netbusters menyaksikan pasukan FKASA-Civer Dragon telah dinobatkan sebagai juara manakala FKKSA-Humble Bee naib juara dan FKM-Mecha Rhino selesa di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi Liga Futsal UMP Super 5 Kategori Wanita, pasukan FSKKP-Arctic Fox telah muncul sebagai juara bagi edisi sulung manakala FKEE-Dino Thunder berjaya mengetepikan cabaran FIM-Bengal Tiger bagi perebutan tempat kedua dan ketiga kejohanan.

Kursus Pensijilan Orienteering Beri Pendedahan Kepada Pengiat Sukan Tanah Air

Kuantan, 26 Mac – Buat julung kalinya Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Magnet Edge Orienteering Sport Club (MEOSC) dan Akademik Orienteering Malaysia (AOM) telah menganjurkan Kursus Pensijilan Orienteering Tahap 1 buat pengiat sukan tanah air baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang telah mendapat penyertaan seramai 30 orang peserta baik dari dalam dan luar UMP.

Kerjasama UMP dan Lembaga Pelabuhan Bintulu dalam Teknologi Blockchain ke arah Pelabuhan Hijau Pintar Digital

Langkawi, 28 Mac- Dalam meningkatkan daya saing dan pembangunan ke arah pendigitalan yang holistik, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (IPB) hari ini memetrai kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Teknologi Blockchain bagi meningkatkan kecekapan ke arah Pelabuhan Hijau Pintar Digital (Smart Digital Green Port) selari dengan perkembangan RevolusiPerindustrian Keempat (Industri Revolusi 4.0).

UMP jalin kerjasama antarabangsa dengan BAIBU Turki

Kuala Lumpur, 27 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkasa hubungan strategik antarabangsa dengan meneroka peluang kerjasama akademik dan penyelidikan bersama pihak Bolu Aybant Izzet University (BAIBU), Turki dalam majlis yang berlangsung pada  Persidangan Antarabangsa Asia Pacific Association for International Education (APAIE) 2019 bertempat di  Kuala Lumpur Convention Centre.

Jelajah Desa Peluang Pemegang Biasiswa UMP Dekati Masyarakat Orang Asli

Cameron Highlands, 23 Mac- Seramai 35 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang merupakan pemegang Biasiswa UMP berasa teruja kerana berpeluang mendekati masyarakat orang asli dalam program Jelajah Desa @ Pos Menson 2019 Cameron Highlands baru-baru ini. Bertemakan `Bersama Memasyarakatkan Teknologi’, para mahasiswa ini telah menyantuni masyarakat orang asli di Sekolah Kebangsaan Menson dan penduduk kampung Leryar.

UMP-Alcon working together to develop innovative contact lenses

Johor Bahru, March 26 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) signed a corporate agreement with CIBA Vision Johor Sdn. Bhd known as Alcon Johor  that will build technical depth for business sustainability.  This paves the way for research and development activities as well as industrial training placements and exchange programme for university staff and students.

ICoN explores strategic networking for industry-community benefits

By: SITI NURFARMY IBRAHIM, CORPORATE COMMUNICATIONS DIVISION

Acting as the liaison between academicians and the industries and communities, the Department of Industry Partnership and Community Relations (ICoN) at University Malaysia Pahang (UMP) has, this week, expanded its strategic networking to include a number of agencies in Sabah on March 19, 2019.