Skip to main content

Siswazah baharu UMP mula mendaftar

Kuantan, 5 Februari – Terserlah kegembiraan buat siswazah baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Md. Nahidul Islam, 24, yang berasal dari negara Bangladesh tatkala hadir dalam sesi pendaftaran siswazah baharu dengan ditemani rakan senegaranya, Atik Faysal bagi mengikuti pengajian sarjana penyelidikan dalam bidang elektronik dan kejuruteraan komputer hari ini.

UMP tangguh serta merta aktiviti dan perjalanan ke China

Pekan, 3 Februari - Universiti Malaysia Pahang (UMP) sentiasa prihatin berhubung sebarang risiko ancaman penyebaran jangkitan seperti Novel Coronavirus (2019-nCoV) dalam kalangan warga universiti mahupun rakyat Malaysia secara umum.

Ianya termasuklah menasihatkan staf dan pelajar yang akan ke China agar membuat penangguhan perjalanan selain bersedia menjalankan saringan rapi terhadap warga UMP yang baru kembali dari China sama ada yang kembali daripada cuti semester atau pelajar yang baharu tiba di Malaysia.

Program Cendekiawan Mulia UMP bincang isu semasa

Pekan, 30 Januari- Universiti Malaysia Pahang ( UMP) menganjurkan Program Siri ke-7 Bicara Cendekiawan Mulia UMP yang  membicarakan topik wacana “Terrorism : Pengaruh & Ancaman Dalam Negara Bangsa"  dengan menampilkan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman), DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.