Skip to main content

UMP jana RM3.6 juta melalui perundingan dan khidmat teknikal

KUANTAN, 10 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjana RM3.6 juta setakat Oktober lalu menerusi projek perundingan dan khidmat teknikal kepada pihak luar, kata Naib Canselornya Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim. 

Beliau berkata kerjasama anak syarikat UMP Holdings Sdn Bhd juga berjaya memperoleh projek perundingan bernilai RM1.03 juta bagi membangunkan Sistem Pengurusan Kampus di Universiti Automotif DRB Hicom yang terletak di Pekan, dekat sini. 

Daing Nasir menyifatkan tahun 2018 sebagai tahun yang membanggakan dalam aktiviti pengkomersialan universiti apabila sebanyak tujuh teknologi dalam bentuk paten, ciptaan utiliti dan hak cipta sama ada dilesenkan atau dijual terus kepada rakan industri dengan nilai terkumpul RM575,000. 

Author
azwin