Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus

UMP rai dan hargai 9 pesara

UMP rai dan hargai 9 pesara

Pekan, 6 Ogos 2020 - Persaraan merupakan destinasi yang pasti dihadapi oleh setiap penjawat awam dan banyak pengalaman yang sangat menarik, penuh dengan kenangan, dugaan serta cabaran juga banyak ilmu pengetahuan yang boleh dikongsikan bersama masyarakat.

Latihan, pengalaman, pergaulan dan hubungan baik bukan sahaja dengan rakan-rakan sepejabat malahan melibatkan agensi lain serta pihak luar menjadikan penjawat awam itu sebagai aset yang sangat berharga buat organisasi.


Jalinan Kerjasama

Kerjasama UMP-MIROS manfaatkan perkongsian teknologi keselamatan jalan raya

Kerjasama UMP-MIROS manfaatkan perkongsian teknologi keselamatan jalan raya

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2020 – Peluang kerjasama strategik Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bakal memanfaatkan kedua-dua pihak dalam perkongsian teknologi, modal insan, penyelidikan dan kepakaran dalam keselamatan jalan raya.

MIROS merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berperanan sebagai pusat sehenti penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya.


Akademik dan Antarabangsa

Pelajar baharu UMP daftar masuk residensi secara pandu lalu

Pelajar baharu UMP daftar masuk asrama secara pandu lalu

Kuantan, 8 Ogos 2020 - Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 822 pelajar baharu program Diploma bagi sesi akademik 2020/2021 yang mendaftar asrama secara pandu lalu baru-baru ini.

Sebanyak enam program ditawarkan pada kali ini iaitu Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Diploma Sains Komputer, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Kimia dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri).


Aktiviti Pelajar

Selam Scuba tarikan baharu mahasiswa UMP

Selam Scuba tarikan baharu mahasiswa UMP

Pulau Perhentian, 24 Julai 2020 – Suatu pengalaman baharu buat mahasiswa yang meminati aktiviti selam skuba apabila ia mula diperkenalkan sebagai aktiviti terbaharu anjuran Pusat Kokurikulum Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Baru-baru ini seramai 15 mahasiswa yang terdiri daripada badan beruniform dan pelajar kelas UQS2171 bersama empat orang staf UMP berpeluang mengikuti program latihan Sea Survival & Open Water Scuba Diving (SCUBA) SIRI 11 anjuran Pusat Kokurikulum, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).


Terbitan Terkini

Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) Scientific Evidence of Cancer Prevent

Image removed.

Oleh: SHALFARINA SHAHRIMAN, PEJABAT SUARA UMP

Tajuk: Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) Scientific Evidence of Cancer Prevention 

Penulis: Hazrulrizawati Abd.Hamid, Izzah Hayati Yahya dan Roziasyahira Mutazah 

Muka surat: 70

ISBN: 978-967-2226-68-0

Harga: RM30.00

Bahasa: Inggeris

Image removed.

Buku ini merungkai keajaiban pokok belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans yang digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kanser. 

Kegunaan pokok belalai gajah sebagai anti tumor dibuktikan secara saintifik dan dipercayai mampu menyelamatkan nyawa pesakit kanser. Secara tidak langsung, buku ini turut membincangkan tentang dapatan kajian terkini mengenai sebatian kimia yang terdapat di dalam herba tersebut.

Dapatkan buku ini segera di pasaran pada hanya RM30.00 sahaja! Penilaian konsep ringkas antara komposisi kimia dan biologi turut dirungkai dalam bahagian ini. 


Karya Kreatif

Mengharung Murung

Image removed.
Karya: Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain

Sedang kita harung
Murung kerna terkurung
Panjang waktu tak terhitung
Jemu mula menghurung

Masihkan ada harapan bergantung?

Ada yang termenung
Murung kerna terkurung
Jagat rencat dunia derita
Buak wabak dalam diam
Liar tular tiada sedar

Ada yang terlentang
Panjang waktu tak terhidung
Terbit suria bangkit cendera
Lama masa kini terasa
Sebelumnya terbuang adakah dibilang?

Ada yang terbuntang
Jemu mula menghurung
Hingar hilang gusar bersarang
Sarwa sembunyi nyanyi sunyi
Kelam suara karam kembara

Maka ada yang tertanya
Masihkah ada harapn bergantung?
Menanggung sabar ujian bertarung
Mahasabah musibah hikmah selindung
Cuma kepada-Nya doa menggunung.

Penulis ialah Ketua Penyelidik, Pejabat Naib Canselor dan Pensyarah di Fakulti Pengurusan Industri, UMP yang  telah memenangi tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan Mencipta Puisi COVID-19 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia.


Rencana/Artikel Pilihan

 Memimpin Perubahan Pemangkin Pencapaian

Memimpin Perubahan Pemangkin Pencapaian

Dunia kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat dan pantas. Penggunaan teknologi dalam penyampaian maklumat memberi kesan yang mendalam kepada setiap pelosok kehidupan manusia. Tidak semua perubahan bersifat revolusi kepada kehidupan, ada yang hanya bersifat ‘trend’ dan tidak kekal. Setiap perubahan perlu diterima jika perubahan tersebut memberi seribu satu makna untuk kebaikan sejagat.
 


 footer pekan review ogos 2020