Skip to main content
Mahasiswa UMP tanam 1000 pokok kurangkan kesan pemanasan global

Mahasiswa UMP tanam 1000 pokok kurangkan kesan pemanasan global

Pekan, 5 September–Sebagai langkah mengurangkan kesan akibat pemanasan global dan penghijauan kampus, seramai 1000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menanam sebanyak 1000 pokok daripada spesies pokok Kelat Jambu Laut dan pokok Ketapang  dalam projek khidmat masyarakat bersepadu (myTREEvolution Integrated CSR)  di Laman Cendekia UMP Pekan hari ini.

MyTreeVolution Program, National Forest Restoration Project” merupakan inisiatif Felo CEO@Faculty Programme 2.0 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdiri daripada sekumpulan pensyarah dari semua Universiti Awam (UA) di Malaysia, industri, KPT dan badan-badan bukan kerajaan diwujudkan bagi menangani isu alam sekitar yang semakin perlu diberi perhatian rentetan pembangunan pesat di Malaysia. Program hari ini berlangsung bersempena Minggu Induksi Siswa (MINDS) yang dijalankan secara serentak dikedua-dua kampus yang mana program `Clean As You Go’ di laksanakan di UMP Gambang..

Hadir dalam program Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Jamil Ismail berkata, penglibatan UMP dalam program seumpama ini selaras dengan hasrat universiti bagi mewujudkan kesedaran alam sekitar, pengetahuan, kemahiran dan kampus hijau dalam kalangan warganya.  Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan erhutanan Negeri Pahang, Nurfazliza Kamarulbahrin dan Pengarah Jaringan Industri dan masyarakat, Ir Dr Nurul Hazlina Noordin.

“Penglibatan UMP dalam program CSR bersama  MyTREEvolution amat bermakna terutamanya dalam mencapai matlamat untuk memulihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok. Malahan dapat memperkasakan initiatif ini dengan menyampaikan mesej mengenai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semulajadi kepada pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu, aktiviti ini turut menyumbang kepada kriteria dalam penarafan UI Green Metric“ katanya. 

Sejajar dengan Pelan Strategik UMP di bawah lonjakan Strategik 4 menggariskan elemen kelestarian dan alam sekitar merupakan keperluan utama dalam merealisasikan hasrat ini menerusi inisiatif seumpama myTREEvolution ini, semua pemegang taruh yang terlibat akan diberikan pendedahan sewajarnya mengenai program  pembenihan, semaian , teknikpemeliharaan dan pemantauan spesis-spesis pokokmenggunakan teknologi-teknologi tertentu menerusi Jabatan Perhutanan Negeri-negeri termasuk  Sabah dan Sarawak. Selain itu, perlaksanaan terbaru Kempen Penghijauan Kampus @ Green Campus pelbagai pengisian aktiviti dijalankan antaranya ialah program 3R sifar sampah, program gotong-royong perdana dan aktiviti penanaman pokok secara berkala.   

Sementara itu menurut Setiausaha 2 myTREEvolution yang juga Fellow CEO @ Faculty Programme 2.0, Dr Nurhidayah Azmy, aktiviti tagging dan pemantauan akan diadakan setiap 6 bulan.  Selain itu, semua pokok yang ditanam akan di pantau secara berkala dengan menggunakan aplikasi teknologi maklumat yang boleh di akses oleh masyarakat di seluruh Malaysia.

Program seumpama ini bukan sahaja membolehkan masyarakat mendekati alam sekitar, tetapi juga membimbing peserta secara langsung untuk memberikan pendidikan dan pengetahuan yang lebih tepat mengenai program penghijauan bumi. Dalam pada itu, program ini berbeza dengan pendekatan program penanaman pokok yang hanya melibatkan proses tanam dan tinggal, yang mana memberikan impak yang rendah berdasarkan kadar pertumbuhan dan kematian sesuatu anak pokok. 

 

Reports by:
Norhidayah binti Mohamad