Skip to main content

Norazlin Minat Terokai Bidang Penyelidikan   

Pembangunan inovasi pada masa kini telah mendorong mahasiswa meningkatkan pemikiran kreativiti dalam menyelesaikan masalah dan keluar mencari jalan penyelesaian. Demikian pandangan mahasiswa Norazlin Hassan yang juga pelajar  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Tenaga & Alam Sekitar).  Bagi beliau, seseorang mahasiswa itu perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam inovasi kerana ianya akan membangunkan generasi dan pemikir kreatif. Paling penting, inovasi dapat memberikan penyelesaian yang lebih baik untuk masa depan.

“Inovasi ini merupakan idea yang dicadangkan serta kaedah yang digunakan bagi penghasilan sesuatu produk serta suatu proses pembelajaran yang menuntut kemahiran yang berkait rapat dengan daya imaginasi, pengaruh persekitaran, kesesuaian tempat yang mencerminkan nilai intelektual teknologi pada masa kini,” katanya.

Norazlin mula melibatkan diri dalam penyelidikan apabila diberi tawaran oleh pensyarah beliau, Dr. Abu Yousuf untuk menyertai projek ‘Hybrid Energy For Highway Lighting System’  yang mana produk ini telah memenangi pingat emas dan anugerah khas dalam pertandingan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2017. 

Menjadi titik noktah kejayaan, beliau terpilih menyertai pertandingan Double Gold Award for Innovation, Design & Research International Symposium (IDRIS)  2017 dan Novel Research & Innovation Competition (NRIC) 2017 yang mana telah merangkul pingat ‘Double Gold Award’, ‘MyRIS Grand Award’ serta pingat emas dan anugerah khas  sekaligus mengharumkan nama universiti dan fakulti.

Tidak terhenti di situ, beliau juga terpilih untuk menyertai pertandingan British Inovation Show (BIS) 2017 dan mendapat pingat emas serta anugerah diamond. Seorang yang sukakan cabaran dan perkara baru serta gemarkan aktiviti luar antara nilai positif dalam diri mahasiswa ini. Bagi beliau, kejayaan yang dikecapi pada hari ini bukanlah kejayaan beliau sahaja malah kejayaan semua pihak yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan sokongan penuh buat beliau.

Anak kelahiran Yan, Kedah ini turut berazam untuk menimba seberapa banyak pengalaman dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh universiti dan aktiviti kesukarelawan. Berpegang pada prinsip tidak ingin menjadi mahasiswa yang hanya menfokuskan akademik beliau turut memperuntukkan masa dengan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.

 

Biodata :

Nama penuh : Norazlin Binti Hassan

Umur: 23 tahun

Asal: Yan, Kedah

Bil. adik beradik: Anak ketiga dari enam beradik

Moto hidup : “Experience, good or bad is a lesson”

 

Pencapaian :

·    Gold Medal for Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2017

·  Special Award: Best Fluid-Related Invention Award (Student Category) for CITREX 2017

·   Special Award: Double Gold Award for Innovation, Design & Research International Symposium (IDRIS) 2017

·   MyRIS Grand Award (IDRIS) 2017

·   Gold Medal in Novel Research & Innovation Competition (NRIC) 2017

·   Special Award: Sustainable & Green Technology Award for NRIC 2017

·   Gold Medal for British Invention Show (BIS) 2017

·   Diamond Award for Environment Award (Natural Earth) BIS 2017

·   Anugerah Pelajar Kategori Daya Usaha & Innovasi (Majlis Anugerah Kokurikulum & Sanjungan Pelajar 2017)

Disediakan oleh Siti Nurfarmy Ibrahim dari Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim