Skip to main content

Amalan Gaya Hidup `Hijau’ untuk kelestarian alam

Kira-kira 2000 hadir dalam sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030) di Kompleks Sukan UMP Gambang,Kuantan semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Dato' Seri Zaini Ujang, membentangkan mengenai Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) 2017-2030 manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof.Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin sebagai selaku moderator.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Dato' Sri ts. Dr Daing Nasir Ibrahim, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengguna Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Hjh Kamaliah Abdul Kadir dan Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) negeri Pahang, Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’  Ir Sharuddin Mohd Simin.

Dalam perbentangannya beliau memberikan penjelasan berhubung GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Tambahnya, dengan aktiviti berjalan kaki juga merupakan salah satu langkah segera bagi mengurangkan pengeluaran karbon yang mencemarkan alam sekitar. Selain itu juga beliau turut menyarankan agar pengguna hendaklah memberi tumpuan kepada pengurangan dan penjimatan serta mengamalkan penggunaan air secara berhemah untuk memastikan kesejahteraan sumber air.

Beliau turut memuji TNB mengenai penukaran lampu di jalan raya kepada lampu LED yang dianggap dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon, malah hasilnya akan memberikan hasil yang lebih terang.

“Selain itu juga, kini TNB  dalam tindakan pemasangan Meter pintar yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen. Peranti ini akan membantu pelanggan memantau penggunaan elektrik menerusi data bil yang dikemaskini.

Ujarnya, bagi melestarikan pemuliharaan alam ini memerlukan kerjasama masyarakat,agensi dan universiti berganding bahu dalam mempromosikan gaya hidup hijau.

Manakala Prof. Dato' Dr. Yuserrie Zainuddin, turut meyatakan di UMP turut menyokong aktiviti gaya hidup hijau antaranya menerusi kempen Zero Polysterin, aktiviti berbasikal dan aktiviti penanaman pokok.

Dalam majlis ini  turut dilancarkan aplikasi mudah alih  MyTNB bagi kemudahan kepada pengguna elektrik. MyTNB merupakan satu aplikasi ramah pengguna dimanan pengguna dapat menyemak dan membayar bil dengan menggunakan aplikasi ini.

Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Nur Laila binti Afandi