Tersenarai dalam ditamatkan pengajian hingga memperoleh Anugerah Dekan, Abdirahim Ali Hassan bukti keazamaan mampu ubah segalanya
GAMBANG, 21 Oktober 2023 – Tersenarai dalam kalangan pelajar yang mungkin ditamatkan pengajian akibat memperoleh GPA yang rendah ketika semester 1 pengajian, Abdirahim Ali membuktikan dengan keazaman dan tekad yang tinggi segalanya mampu diubah.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian) yang berasal dari Somaliland (Somalia) itu berkata, perjalanannya dalam pengajian bukanlah perkara yang mudah.