Skip to main content

Tulislah untuk Malaysia

Tanggal 31 Ogos 1957 negara kita merdeka, manakala 16 September 1963 adalah hari penubuhan Persekutuan Malaysia. Maka penulisan ini adalah untuk menyedarkan kita semua bahawa warga negara ini mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan negara Malaysia terus maju dan membangun. Negara ini membangun maju disebabkan peranan watan atau warga Malaysia. Justeru, jalankan peranan masing-masing berdasarkan kekuatan yang mereka miliki. Kekal atau musnahnya kemerdekaan adalah disebabkan faktor warganya.

Fakta Sejarah: Pahang negeri paling sukar ditakluki British

Kekayaan hasil bumi Pahang telah menarik minat penjajah Inggeris, tetapi telah beberapa kali gagal dalam usahanya untuk menakluki negeri itu. Helah bagi mendapatkan Pahang untuk diletakkan menjadi negeri naungan tidak dapat digunakan kerana British tidak mempunyai sebarang alasan untuk memaksa pembesar Pahang untuk menerima kehadiran mereka. Kesukaran juga disebabkan di Pahang tidak berlaku sebarang kekacauan dalam kalangan imigran.

Universiti lahirkan graduan berkualiti, holistik dan berdaya saing melalui sifat serta nilai diri individu

Dalam dunia yang serba mencabar kini, keperluan mendepani pesaing bagi meletakkan posisi pelajar di tempat tertinggi. Pemikiran tentang pelajaran yang mempunyai hubungan signifikan dengan kerjaya semata-mata perlu diubah kepada pendidikan melahirkan insan yang berkualiti dan holistik serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, politik dan kemajuan dalam sesebuah negara.

Latar Belakang Sejarah Tuntutan Sulu Ke Atas Sabah

Jika disebut Sabah ‘negeri di bawah bayu’ siapa yang tidak kenal. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang mengandungi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan suatu kejayaan bagi wilayah ini untuk bergabung dalam persekutuan yang lebih besar telah memberikan impak kepada pembangunan ekonomi dan politik di rantau ini. Hasilnya Malaysia telah dikenali di mata dunia sebagai negara termaju dalam kalangan negara ASEAN.

Menghayati Nikmat Kemerdekaan Negara Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Tarikh keramat 31 Ogos kembali tiba. Inilah saat manis rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan tanah air daripada cengkaman penjajahan. Apabila tiba bula Ogos, kalimah merdeka mula disebut dan diulang,  jalur gemilang pula berkibaran. Sesungguhnya kemerdekaan negara merupakan suatu nikmat yang perlu disyukuri, dihargai dan dipertahankan.

Subscribe to Experts