Skip to main content

KP House Pusat Transformasi Sosial Kuala Pahang

Kedudukan geografi kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Mukim Kuala Pahang bukan sahaja merupakan satu mercu tanda istimewa yang melambangkan komitmen tinggi kerajaan untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan di daerah Pekan dan negeri Pahang, tetapi juga menuntut penglibatan proaktif dan sumbangan konstruktif warga kerja dan mahasiswa Universiti ini untuk mentransformasi landskap sosioekonomi, pemikiran dan sikap masyarakat setempat di setiap lapisan masyarakat.

 

Tanaman fertigasi Projek Facelift D’ Kuala tingkat ekonomi keluarga

Pekan - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengerakkan kerja-kerja kemasyarakatan dalam kalangan warganya melalui pelaksanaan Projek Facelift D’ Kuala yang merupakan usaha universiti mengubah wajah dan identiti Kuala Pahang menjadi sebuah perkampungan nelayan yang berteknologi tinggi. Dalam usaha menaik taraf kampung ini kerja-kerja mengecat rumah penduduk, pembersihan, pengindahan, baik pulih rumah dan pemasangan solar bakal memberikan keselesaan kepada penduduk.

Subscribe to FACELIFT