Skip to main content

PALAPES UMP sertai Latihan Kem Tahunan Universiti Awam

Seramai 95 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengikuti Latihan Kem Tahunan yang diadakan di sekitar Seremban dan Port Dickson. Latihan pegawai kadet Peringkat Junior diadakan di Kem Rasah 508 AW dan Hutan Simpan Lenggeng Seremban.

Latihan yang dinamakan sebagai Eksesais Paksi Kemputra yang melibatkan pegawai kadet Peringkat Inter dan Senior turut menggabungkan 4 PALAPES universiti awam zon tengah 2 iaitu PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan UMP yang melibatkan seramai 353 pegawai-pegawai kadet. 

Menurut Ketua jurulatih Palapes Darat UMP, Mejar Faizul Johari Basriy berkata, pegawai-pegawai kadet ini didedahkan dengan Ilmu Medan Perang (IMP, baca peta, pandu arah, radio semboyan dan ujian kawad kaki.

“Objektif latihan ini bertujuan menguji pengetahuan dan kemahiran pegawai kadet dalam ilmu ketenteraan serta perintah dan kawalan (Command & Control) dalam Peperangan Melawan Insugensi (CIW) dan Peperangan Konvensional (CW),” katanya

Malahan semasa fasa CIW, pegawai-pegawai kadet Peringkat Inter telah diberi tugas dan tanggungjawab dalam platun dan juga seksyen bagi memperkasakan tahap kepimpinan semasa melaksanakan aktiviti menduduki pengkalan, ronda tempur , serang hendap dan serang khemah sementara musuh.

Selain itu, semasa latihan CIW dilaksanakan, satu Tim Pengesan Tempur (CTT) dari Cawangan Serigala Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah diaturgerak bersama seekor anjing pengesan dan enam anggota semasa melakukan penjejakan.

Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi telah merasmikan acara penutupan Eksesais Paksi Kemputra Latihan Kem Tahunan (LKT) PALAPES Zon Tengah 2 bertempat di Ladang Sungai Baru, Port Dickson. Turut hadir mewakili UMP dalam acara penutup latihan adalah Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr Muhamad Mat Noor.

 

Disediakan oleh Leftenan Mohd Azam bin Muhamad Akhir dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP

 

Reports by:
Nur Laila binti Afandi