Skip to main content
Projek i-E.R.A.T DIVo NAVi : ADAM diikiraf

Projek i-E.R.A.T DIVo NAVi : ADAM diikiraf

Kuala Lumpur, 13 September- Projek i-E.R.A.T DIVo NAVi : ADAM diketuai pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), Dr. Munira Abdul Razak  diiktiraf apabila meraih emas dalam  International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2018 baru-baru ini. Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraih dua pingat emas, tiga perak dan empat gangsa dalam iUCEL 2018 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tema Humanising Technology.

Bagi produk penyelidikan Pengurusan Kepelbagaian (Diversity Management) ini ianya berbentuk Teknologi Disruptif dan ADAM adalah singkatan kepada Autentik, Dinamik, Altruistik dan Manusia yang mana kajian dilakukan sejak 2017. “Keistimewaan produk ialah gabungan, dua elemen utama iaitu Autentik dan Altruistik dalam menjamin kualiti produk servis berorientasikan aplikasi akademik, e-latihan serta gamifikasi yang bertepatan dengan aspirasi UMP iaitu ‘Memasyarakatkan Teknologi’ serta kehendak Industri dan Pendidikan 4.0,” katanya.

Turut raih pingat emas, projek Learning Space Quality Monitoring: Sensing the Unseen Factor oleh pensyarah dari Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Nor Azhar Ahmad. Sementara itu, projek Flipping Bahasa Jepun yang diketuai oleh Syahrina Ahmad dan projek Enhancing Learning Experience of German as Foreign Language Inst@gogy diketuai oleh Khairul Bahri Abdul Samad menerima pingat perak. Manakala projek Digital Grammer Board (DiGraB) for Students learning Engagement yang diketuai oleh Mohd Shafeirul Zaman  Abdul Majid dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) juga membawa pulang pingat perak.

Selain itu, pingat gangsa pula disumbangkan oleh Prof. Madya Dr. Zuraina Ali dan Jamilah Bebe Mohamad  yang masing-masing dengan projek VOC@AWL For Learning Vocabulary & Hayaa Nadrus Bahasa Melayu dan Ts. Dr. Awanis Romli serta Ts. Aziman Abdullah dari Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) dengan projek ePALApps: Enhancing Parenting Literacy in a Smart Society 5.0 & myOBE.

Kejayaan ini sekaligus memberikan suntikan semangat yang lebih baik dalam memperhebatkan lagi penghasilan projek-projek yang berteraskan pembelajaran di atas talian. Sebanyak 210 projek yang dipertandingkan merangkumi institusi pendidikan awam dan swasta dari seluruh negara.

Disediakan oleh Mohd. Shahri Mohd. Akhir dari Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran CIReL) dan  Suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Norhidayah binti Mohamad