Skip to main content

Tingkat Kesedaran Tangani Kanser

Tahukah anda bahawa kesedaran awal mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser yang mengancam nyawa? Secara umumnya, kanser ataupun barah adalah sejenis penyakit yang dikaitkan dengan ketidakseimbangan replikasi serta tindak balas sel dalam badan manusia. Menurut kajian, semakin ramai akan dijangka menghidap kanser khususnya apabila menjangkau umur 50-an ke atas. Statistik menganggarkan 100,000 rakyat Malaysia iaitu satu daripada empat orang pada setiap tahun menghidap kanser. Oleh itu, pencegahan awal adalah penting untuk merawat penyakit kanser.

Pelajar baharu UMP daftar masuk asrama secara pandu lalu

Kuantan, 8 Ogos 2020 - Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 822 pelajar baharu program Diploma bagi sesi akademik 2020/2021 yang mendaftar asrama secara pandu lalu baru-baru ini.

Sebanyak enam program ditawarkan pada kali ini iaitu Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Diploma Sains Komputer, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Kimia dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri).

Amalkan penjagaan diri dan kebersihan

Kuantan, 22 April- Sentiasa amalkan penjagaan diri dan kebersihan dalam kehidupan  seharian memandangkan banyak permukaan yang kita sentuh terdedah kepada bakteria atau virus yang boleh menjadi punca penyebab penyakit. Bakteria atau virus boleh melekat di tangan ketika berjabat tangan, memegang pemegang pintu, paip, perkakas dapur, peralatan tandas dan lain-lain. Tangan boleh bertindak sebagai ejen pemindahan bakteria atau virus apabila menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut.

Hargai petugas PKU, barisan hadapan kita

Kuantan, 9 April – Mendepani penularan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai  pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sentiasa bersiap siaga  ‘memerangi’ penularan wabak tersebut di kampus universiti.

Disinfektan Diaclean Pera Sterilant Produk Halal Nyah Kuman Mesra Alam

Kuantan, 6 April- Produk disinfektan “Diaclean Pera Sterilant” yang dihasilkan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berasaskan cuka makanan (food grade acetic acid) mampu membunuh sehingga 99.9 peratus mikro organisme seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa. Produk inovasi disinfektan organik ini bersifat mesra alam, mesra pengguna (non irritatant), tidak berbau, lebih murah, tidak mendatangkan sebarang kesan negatif kepada permukaan ataupun pengendali dan ianya diklasifikasikan sebagai disinfektan tahap tinggi (HDL).

UMP ubah kaedah operasi, aktifkan pembelajaran secara atas talian

Kuantan, 16 Mac- Berikutan situasi terkini pandemik COVID-19 di negara ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengubah kaedah operasi di kedua-dua Kampus UMP Pekan dan Gambang berkuat kuasa serta merta mulai 16 Mac 2020 hingga 12 April  2020 ini dalam menangani penularan penyakit ini. Ianya selaras dengan peruntukan Pekeliling Pentadbiran Bil.3 / 2020 yang dikeluarkan pada 16 Mac 2020. 

Subscribe to KKM