Skip to main content

UMP, BPC Mengukuhkan Kerjasama

Universiti Malaysia Pahang telah menerima kunjungan rasmi daripada BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd. (BPC). BPC mengadakan lawatan tersebut bagi membalas pelawaan yang diterima oleh Kumpulan Inisiatif Jerman dibawah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, UMP.

BPC yang diwakili oleh Pengarah Operasi, En. Jan Peter Bredehoeft, Pengarah, Keselamatan dan Persekitaran Asia Tenggara, En. Ismail Abdullah dan Pengurus Kanan, Pengurusan Sumber Manusia, En. Koljit Singh disambut oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Prof. Zulkafli Hassan dan Koordinator Inisiatif Jerman FKKSA, Dr.-Ing. Aainaa Izyan Nafsun.

Prof. Zulkafli berkata, pertemuan ini adalah bagi mengukuhkan kerjasama yang telah dijalin selain membincangkan dengan lebih lanjut peluang-peluang kerjasama antara FKKSA dan juga BPC.

“Pertemuan yang diadakan membuahkan hasil apabila kedua-dua pihak sepakat untuk berkerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan melantik wakil daripada kedua-dua pihak bagi urusan selanjutnya,” tambahnya lagi.

Turut menghadiri sesi perbincangan adalah Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat,) Prof. Dr. Jamil Ismail, Dekan Pembangunan Pelajar, Ts. Dr. Muhamad Mat Noor, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) FKKSA, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hafizuddin Wan Yussof serta Prof. Ir. Dr.-Ing. Nik Abdullah Nik Mohamed.

Sesi perbincangan yang diadakan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Aliran Bendalir Termaju (CARIFF) itu diakhiri dengan lawatan ke Makmal Berpusat UMP, Makmal FKKSA serta Makmal CARIFF.

 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nur Laila binti Afandi