Skip to main content

Aplikasi UMP Valid8 papar data ketulenan ijazah

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini yang memperkenalkan sistem pengesahan ketulenan ijazah menerusi aplikasi telefon pintar, UMP Valid8.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, aplikasi UMP Valid8 memuatkan maklumat pengajian melibatkan 2,773 graduan universiti tersebut yang menerima ijazah dan diploma pada istiadat konvokesyen esok.

Ujar beliau, aplikasi yang menggunakan teknologi blockchain tersebut dibangunkan tenaga pakar UMP bagi mengatasi masalah pemalsuan ijazah dan diploma.

Author
azwin