Skip to main content

Mahasiswa UMP tenang di kampus

Kuantan, 23 Mac- Keselamatan dan kesihatan membabitkan seramai hampir 1000 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang tinggal di kedua-dua kampus sama ada di dalam mahupun di luar kampus sentiasa menjadi keutamaan pihak universiti. 

Dengan kemudahan kafeteria dan kedai runcit yang beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 7 malam serta kemudahan internet di kampus pastinya melegakan pelajar yang kini sedang mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam kampus.

Seramai 380 mahasiswa baharu UMP mendaftar

Kuantan, 25 Januari – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima seramai 380 mahasiswa baharu bagi mengikuti pengajian Sesi Akademik 2018/2019 baru-baru ini yang berjalan serentak di kedua-dua kampus.

Pendaftaran mahasiswa bermula pada jam 8.30 pagi di Pusat Aktiviti Pelajar kampus Pekan manakala pendaftaran dijalankan di Kolej Kediaman 1 dan 2 bagi mahasiswa UMP kampus Gambang.

UMP Cakna Terhadap Kebajikan Pelajar dan Komuniti

Sentiasa cakna terhadap menangani masalah dan isu pelajar berlapar, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Skuad MyGift UMP melaksanakan program Food For All dalam membantu pemberian makanan sarapan pagi dan makan tengah hari percuma untuk mahasiswa UMP yang memerlukan dan tidak berkemampuan pada setiap hari di kedua-dua masjid UMP di Gambang dan Pekan.

Mahasiswa UMP Bantu Mangsa Gempa Lombok

Lombok (Indonesia) - Prihatin dengan bencana tanah runtuh, kerosakan rumah kediaman serta kehilangan jiwa akibat gempa yang melanda Lombok pada 29 Julai 2018 lalu diikuti susulan pada 6 dan 19 Ogos 2018 memberikan inspirasi buat 10 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjayakan program Misi Kemanusiaan “Jom Bantu Mangsa Gempa Lombok” di Desa Selengen, Kecamatan Kayangan yang terletak di daerah Lombok Utara, Indonesia iaitu antara kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi.

Subscribe to MAHASISWAUMP