Skip to main content

UMP, MADACorp meterai kerjasama sokong pembangunan teknologi pertanian

PEKAN, 6 Jun 2023 – Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkasa usaha sama strategik bersama Syarikat Perniagaan Peladang Sdn. Bhd. (MADACorp) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi mempertingkatkan lagi teknologi pertanian dalam produktiviti padi dan beras.

Majlis menyaksikan Pengarah Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UMP, Profesor Dr. Mohd Hasbi  Ab Rahim dan Pengurus Kanan MADACorp, Rahizal Rahim menandatangani MoU. 

UMP dan Yayasan Terengganu berkolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan

KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bersama (MoA) dengan  Yayasan Terengganu dalam kolaborasi  akademik dan pengantarabangsaan. 

Melalui perjanjian persefahaman ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggariskan beberapa aktiviti kolaborasi akademik dan memberi khidmat nasihat bagi program seperti Program Asasi, Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Program Ijazah Dual Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. 

Subscribe to MoU/MoA