Skip to main content

1,000 mahasiswa tanam pokok

PEKAN – Sebanyak 1,000 anak pokok daripada jenis kelat jambu laut dan ketapang ditanam pada projek khidmat masyarakat bersepadu di Laman Cendekia Universiti  Malaysia Pahang (UMP), di sini, hari ini.

Program yang berlangsung sempena Minggu Induksi Siswa (MINDS) itu dijalankan 1,000 mahasiswa universiti tersebut, manakala kampus UMP Gambang menjalankan program `Clean As You Go’.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMP, Prof Dr Jamil Ismail berkata, hal ini selaras dengan hasrat universiti bagi mewujudkan kesedaran alam sekitar, pengetahuan, kemahiran dan kampus hijau dalam kalangan warganya.

"Penglibatan mahasiswa dalam program ini amat bermakna terutamanya dalam mencapai matlamat untuk memulihara alam sekitar. Salah satu aktivitinya adalah penanaman pokok

Author
azwin