Skip to main content

Hargai petugas PKU, barisan hadapan kita

Kuantan, 9 April – Mendepani penularan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai  pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sentiasa bersiap siaga  ‘memerangi’ penularan wabak tersebut di kampus universiti.

Kampus UMP bersih bakal sambut warga kerja kembali bertugas

Kuantan, 7 April- Sebagai langkah pencegahan dan memerangi penularan wabak Covid-19, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah melaksanakan operasi pembersihan sanitasi di beberapa lokasi tumpuan dan bangunan di kedua-dua kampus UMP di Gambang dan Pekan sejak 23 Mac hingga 7 April lalu. 

Operasi ini bertujuan memastikan persekitaran tempat kerja bersih dan selamat buat warga kerja kembali bertugas sebaik sahaja tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.   

Manfaatkan Pengunaan Teknologi Dalam Masa PKP

Penularan wabak Covid-19 telah menggemparkan seluruh dunia. Antara strategi yang digunakan oleh beberapa negara bagi mengelakkan penularan wabak ini dari berterusan membunuh manusia adalah dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Lockdown sepenuhnya. Dalam konteks negara Malaysia, PKP telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 17 Mac 2020 sehinggalah 14 April 2020 dan akan disambung jika keadaan masih tidak banyak berubah.

UMP sumbang 600 cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer) buat frontliner

Kuantan, 6 April- Sebagai usaha membantu  petugas barisan hadapan menangani penularan wabak Covid-19 ketika ini, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyumbang sebanyak 600 cecair pensanitasi tangan (hand-sanitizer) kepada barisan hadapan (frontliner) menerusi dua produknya iaitu triUMPH berkapasiti 1 liter manakala Germs Free Hand Sanitizer berkapasiti 30 ml yang mudah dibawa ke mana sahaja. 

UMP terima sumbangan bantu mahasiswa

Kuantan, 7 April- Kira-kira seramai 1,260 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang masih berada di kampus sentiasa dipantau dan diberi perhatian oleh pengurusan UMP bagi memastikan kebajikan mereka dijaga. Ini berikutan terdapat sebilangan daripada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Disinfektan Diaclean Pera Sterilant Produk Halal Nyah Kuman Mesra Alam

Kuantan, 6 April- Produk disinfektan “Diaclean Pera Sterilant” yang dihasilkan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berasaskan cuka makanan (food grade acetic acid) mampu membunuh sehingga 99.9 peratus mikro organisme seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa. Produk inovasi disinfektan organik ini bersifat mesra alam, mesra pengguna (non irritatant), tidak berbau, lebih murah, tidak mendatangkan sebarang kesan negatif kepada permukaan ataupun pengendali dan ianya diklasifikasikan sebagai disinfektan tahap tinggi (HDL).

Subscribe to PKP