Skip to main content

Santai Seni Semarakkan Ekspo Konvokesyen UMP

Pekan, 27 Oktober - Penganjuran Santai Seni Warisan menyemarakkan Ekspo Konvokesyen UMP (ExpoConvo) tahun ini menjelangnya Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-13 yang bakal diadakan pada 10 dan 11 November depan di Kompleks Sukan UMP Gambang. Sambutan ExpoConvo ini turut membolehkan para pengunjung dalam kalangan keluarga graduan dan orang awam untuk mengenali Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan lebih dekat, khususnya keunikan Universiti ini dalam konteks program akademik dan pencapaian penyelidikan saintifiknya.

Alex rangkul Anugerah Olahragawan UMP

Kuantan, 25 Oktober  – Mahasiswa  Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA), Alex Tiong Sie Hung  yang cemerlang dalam sukan renang dengan meraih pingat emas bagi Kejohanan Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan MASUM 2018 merangkul Anugerah Olahragawan dalam Majlis Penghargaan Sukan UMP yang berlangsung di Sri Manja Boutique, Indera Mahkota baru-baru ini.

Pementasan Teater Muzikal “Superhero” Gandingan Alumni dan Mahasiswa UMP

Kumpulan Teater Waris Sekretariat Kebudayaan & Kesenian Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Pusat Sukan & Kebudayaan dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sekali lagi menganjurkan Pementasan Teater Muzikal ‘Superhero’ yang mengisahkan seorang remaja yang berkeyakinan tinggi mengadakan sebuah pementasan teater dengan watak yang mempunyai konflik tersendiri namun akhirnya berjaya dipentaskan.

Alex tampil cemerlang harumkan nama UMP rangkul 15 pingat

Perlis - Pelajar tahun dua Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Alex Tiong Sie Hung tampil cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam acara sukan renang apabila merangkul 15 pingat iaitu 8 pingat emas , 5 pingat perak dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga dan Renang MASUM 2018 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Subscribe to PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN